Khamis, 24 Disember 2009

DUHAI PEMBANGKANG DI PARLIMEN MALAYSIA…

 

Assalamualaikum.. salam satu Agama Islam semua...
"Satu lagi projek Kerajaan Barisan Nasional" tagline yang biasa kita jumpa dalam mana-mana projek kerajaan... Memang tak patut betul PEMBANGKANG nak salahkan kerajaan.. Kerajaan tak bersalah dalam hal ini... Kerajaan hanya menjalankan arahan dari pihak Parti yang menang... AKU MENYOKONG SEBULAT SUARA YANG KERAJAAN TAK BERSALAH ... Pada aku pihak yang meluluskan projek, mengeluarkan tender, mengagihkan kontrak lebih memainkan peranan adalah hal runtuh-runtuh ni... KERAJAAN TELAH MENJADI KAMBING HITAM DALAM HAL INI.... sebab tu yang berpeluh nak menjawab Kakitangan kerajaan... kesian betul dengan nasib mereka emm
Kerajaan maksud dia lebih luas.. ada tiga cabang kerajaan iaitu Kehakiman, Perundangan dan Eksekutif… Yang sedang berkuasa adalah Eksekutif yang sekarang ini dikuasai oleh Parti UMNO BN dan Perundangan pula adalah pembuat Undang-Undang iaitu di Parlimen yang di dalamnya ada Parti Pembangkang (pembangkang pun sebahagian dari kerajaan secara teorinya bagi Negara demokrasi) dan Kehakiman adalah badan yang mengadili undang2 secara bebas dari cengkaman kuasa Esekutif (Sekarang ini yang berkuasa adalah Parti UMNO BN)...

Memang tak patut sangat tau PEMBANGKANG buruk-burukkan Kerajaan ni.. Dalam hal ini Kerajaan (segala institusi dan manusia didalamnya) hanyalah menjalankan arahan Pihak Parti Yang Menang Piliharaya...... HARAP SANGAT DUHAI PIHAK PEMBANGKANG JANGANLAH MENYALAHKAN PIHAK KERAJAAN... Kerajaan hanya menurut perintah ... Lihat Lagidan menjalankan arahan yang samada arahan itu BURUK ATAU BAIK kena ikut....... Please janganlah salah Kerajaan yang telah menjadi kambing hitam... kasihanilah kakitangan kerajaan yang menurut segala perintah dan arahan dari Pihak Yang Menang Dalam Pilihanraya....... 

Pesanan dari orang-orang kerajaan (Kakitangan Awam) yang menjadi mangsa dipersalahkan dan dikambing hitamkan... Please... kalau apa-apa runtuh jangalah salahkan Kakitangan Kerajaan yang hanya menurut arahan tapi yang bersalah Kontraktor Kelas F yang lemah dan menipu... Please... Salahkan Kontraktor Projek... yang menipu dan KIANAT PADA KERAJAAN (KERAJAAN KEPUNYAAN RAKYAT MALAYSIA YANG MEMBAYAR PELBAGAI CUKAI)

Tenangkan fikiran... FIKIRKAN INI DALAM-DALAM (lupakan tentang “kolam Poli TAIK” masing-masing)
"KERAJAAN MALAYSIA DIDIRIKAN OLEH SEMUA RAKYAT MALAYSIA... KERANA KERAJAAN ITU WUJUD DAN DIDIRIKAN DARI HASIL KERINGAT RAKYAT MALAYSIA... SEMUA RAKYAT MALAYSIA MEMBAYAR CUKAI... (Jangan sempitkan cukai itu hanya merujuk kepada cukai pendapatan... beli kereta kena cukai, beli moto kapcai kena cukai, beli barang import dah tentu kena cukai.., susu baby baru lahir sebagai Rakyat Malaysia yang diimport dari New Zealand pun kena cukai... secara teorinya semua rakyat dibeban dengan tangungjawab membayar cukai) Dengan hasil itulah kerajaan bergerak untuk menjaga kemaslahatan sekumpulan manusia yang dipanggil "Warganegara Malaysia"....... KERAJAAN ITU BUKAN HAK EKSKLUSIF MANA-MANA KUMPULAN... TAPI HAK KITA SEMUA DAN KITA SEPATUTNYA PENENTU SEGALA APA YANG SEPATUTNYA KERAJAAN BUAT DENGAN KUASA UNDI BAGI YANG LAYAK................ JADI JANGAN SALAHKAN KERAJAAN TAPI SALAHKANLAH PIHAK YANG MENGUASAI @ MENENTUKAN SEGALA DASAR..... KERAJAAN... YANG MANA KERAJAAN ITU SECARA ANALOGINYA HANYALAH KUDA TUNGANGAN OLEH PIHAK YANG MENUNGGANGNYA... Kalau yang menunggangnya kianat dan membawa Kerajaan (boleh juga baca sebagai Negara Malaysia) ke arah kemusnahan maka 'habuanya' kita juga rasai dan PENUNGGANGNYA BOLEH ENAK-ENAK MEMEGANG KUNCI HARTA NEGARA DAN MENGAGIH-AGIHKAN MENGIKUT KEPERLUAN PERIBADI MASING-MASING...

“KERAJAAN TAK SALAH… KITA BOLEH SALAHKAN LAH ORANG-ORANG UMNO BN YANG KORUP ITU DALAM MENGEPALAI KERAJAAN”


Sekian.. WASSALAM

Jumaat, 27 November 2009

BTN SARANG RASIS KETUANAN MELAYU

 

Hari ini daddy nak mengulas sikit pasal Biro Tata Negara… yang menjadi agenda sulit dan wajib oleh kerajaan UMNO BN dalam menguruskan agenda nasionalis Melayu mereka… Secara halus agenda menakut-nakutkan peserta kursus BTN telah dijalankan dengan menjadikan Cina sebagai musuh… Agenda ini memang dikaji, dirancang dan diaplikasikan oleh UMNO BN dengan begitu mulus tanpa ramai orang menyedarinya…  Agenda menakut-nakutkan Melayu ini adalah nyawa kepada slogan ‘Hidup Melayu’ kalau tiada musuh kepada Melayu maka perjuangan “Hidup Melayu” akan kempis dan padam dengan sendirinya… jadi BTN ini adalah pengepam angin kebencian dan kemarahan kedalam kepala Melayu… untuk terus percaya kepada Cerita karut hantu Cina nak makan Melayu… Hanya Melayu yang berjaya dibodohkan sahaja yang percaya kepada cerita karut dalam BTN… Rekaan kekarutan yang menakutkan dalam program BTN inilah yang menghidupan perjuangan rasis “Hidup Melayu”…… Cuba kita bayangkan bagaimana slogan “Hidup Melayu” boleh berkembang kalau tiada musuh…?? kempis dan pupus bukan???  Jadi dengan sebab itulah kena diada-adakan musuh… cipta dan di khayalkan dlm jiwa Melayu yg mereka ada musuh iaitu Cina dan Orang Asing… Ingat zaman Tun Dr. Mahathir dulu bagaimana Orang Asing ini menjadi senjata nak menakut-nakutkan Melayu… dan Singapura kononya menjadi musuh yang menyeramkan Melayu……. Itulah tujuan BTN… tempat untuk agenda rasis bersarang dan menetas…

P/S: Ada lagi ker yang percaya kepada cerita karut yang menjahanamkan negara hasil kerja-kerja menakut-nakutkan dan membodohkan Melayu supaya percaya CINA ITU MUSUH???

Ahad, 15 November 2009

Kembali bersiaran….

Assalamualaikum…   Salam satu akidah satu manusia…
Pertama sekali penulis memohon maaf jika ada yang melawat blog ini dan tidak menjumpai apa-apa hasil penulisan baru… berdasarkan kepada statistik… secara purata sehari ada dua tiga orang pelawat yang menjenguk blog ini… walalupun telah berbulan-bulan tidak diupdate…
Keadaan yang berlaku sejak beberapa bulan yang lalu memaksa penulis meninggalkan sementara alam penulisan blog kerana sibuk dengan alam penulisan lain yang lebih penting… lebih utama.. lebih memerlukan tumpuan sepenuh hati dan perasaan… Kerja-kerja yang banyak telah membuatkan penulis merasakan kerugian masa jika terus melayan dan melamun perasaan di arena penulisan blog…
Petang ini… 15/11/2009 penulis telah merasa aman.. selesa dan mendamaikan untuk terus menulis dan menyampaikan apa-apa pandangan dan pengalaman yang dilalui untuk dicatatkan sebagai salah satu khazanah untuk tatapan anak-anak penulis… di masa akan datang… Daddy harap anak-anak Daddy boleh memikirkan dan mengambil pelajaran atas apa yang boleh di ambil sebagai sesuatu yang bernilai dalam kehidupan anak-anak Daddy

p/s: Sesuai dengan semangat baru maka beberapa laras dan isu-isu baru yang mengusik jiwa akan dady catatkan di blog ini… Terutama yang penting untuk Daddy tekankan mengenai pembangunan DAYA FIKRAH MELAYU… yang selama ini telah mengalami proses pembonsaian yang samada secara sengaja atau tidak sengaja…
… Selamat mengikuti…

Sabtu, 7 Mac 2009

AKU KESIAN BAHASA MELAYU BANGSA MELAYU

Assalamualaikum.. salam keimanan dan kemanusiaan buat para pencinta kedamaian..

Hari ini dapat aku bersantai dan melepas keletihan memikirkan tugas sebagai seorang pelajar... Di sini segala luahan perasaan pada penulisan yang santai merupakan terapi yang menyenangkan jiwa Aku... sangat selesa meluahkan perasaan... cinta dah kasih pada kedamaian dalam kehidupan yang pelbagai ini....Jiwa memberontak ingin menyatakan sesuatu buat sesiapa yang terbaca...

Lama aku rasa terganggu... termangu... tersendu... diterjah amuk kesedihan yang mendalam...... yang merobek perasan dan jiwa Aku pada hakikat yang sedang berlaku.... bila teringat dan memikirkan tentang proses pemuliharaan dan pemeliharaan puluhan tahun terhadap "Bahasa Melayu"..... yang berakhir bila salah satu cabang penggunaan dalam ilmu sains dan matematik diharamkan oleh golongan yang membawa CELAKA kepada identiti BANGSA MELAYU... Aku berjuang pada perkara yang sepatutnya mereka yang mengaku “PEJUANG Melayu” lakukan... Hari ini ingin Aku sampaikan untuk difikirkan oleh sesiapa yang membaca kekecewaan Aku...

LIMA DALIL UTAMA mengapa PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris) Wajib di hapuskan:-

1) Mengekalkan kepelbagaian manusia yang menghuni bumi. Ini perkara pertama kenapa PPSMI wajib dihapuskan... PPSMI adalah langkah pertama dibawa golongan yang membawa CELAKA kepada BANGSA Melayu untuk melemahkan dan seterusnya melenyapkan BAHASA Melayu dari muka bumi ini... PPSMI ibarat penghapus salah satu keanekaan manusia di bumi ini.. Kesedihan sepatutnya bukan sahaja ditangisi manusia yang mengaku Melayu tetapi seluruh manusia lain... Kalau manusia sedih dengan pupusnya pelbagai spesies hidupan seperti burung dodo yang nama saintifiknya Raphus cucullatus (sila perhatikan nama saintifik spesies ini adalah bahasa latin BUKAN Bahasa Inggeris) di kepulauan Mauritius maka sepatutnya seluruh umat manusia bersedih dengan kehancuran Bahasa Melayu yang dituturkan dan boleh difahami ratusan juta manusia di rantau Asia Tenggara. Semua binatang di bumi ini berjuang untuk hidup dan tiada yang memupuskan diri sendiri tapi Melayu di Malaysia ada yang sedang memupuskan identiti mereka sendiri... Tak taulah siapa yang lebih berakal antara dua makhluk berkenaan.

2) PPSIM adalah enjin pertumbuhan yang membantu meningkatkan penghinaan kepada Bahasa Melayu. Selepas ini semakin ramai yang selesa menggunakan pelbagai istilah Inggeris dan semakin angkuh menunjuk-nunjuk kononnya berilmu dan pandai “cakap Omputih” Akan semakin ramai yang tak sedar diri dan merasa bangga dapat menyelit sepatah dua istilah Inggeris dalam perbualan. Semakin ramai manusia Melayu yang dulunya bercakap Melayu jadi malu dan segan nak cakap Melayu dengan orang lain... Apa lagi kalau orang lain itu menunjuk pandai berbahasa Inggeris dengan mereka... Budaya ini semakin menjadi sekarang... dan semakin pesat di masa akan datang kalau jadi (harap sangat tak jadi) PPSMI diteruskan. Sedikit demi sedikit lama-lama tiada lagi orang yang bercakap Melayu... sebab malu... dengan orang lain. Ramai dah aku jumpa Melayu berlagak dan angkuh dengan Aku nak “speaking” (saja aku guna istilah Inggeris ni sebab itulah tanda dagang “kecerdikan” bagi Melayu tak sedar diri.. sesama Melayu pun tidak mahu guna Bahasa Melayu)

3) PPSMI dasar buas yang membunuh identiti bangsa (Melayu). Sesiapa yang kononnya pejuang Melayu dan pejuang Ketuanan Melayu.. sila CELIK dan buka mata luas-luas dan bersihkan fikiran karat dan betulkan songsang akal menyokong membuta tuli. Apa lagi yang nak diperjuangkan kalau bukan salah satu identiti paling penting Melayu ini yang sedang dipijak-pijak secara hina oleh perjuangan anda sendiri? Apa sebenarnya yang anda semua perjuangkan?? Melayu ke?? Atau berjuang untuk pangkat dan harta dengan menipu Melayu secara terancang?? Pengenalan utama bangsa adalah bahasa... tiada bahasa maka tiadalah sesiapa kenal sesuatu bangsa itu berbeza dengan bangsa lain..

4) PPSMI bukan jaminan menjadikan manusia hebat dan cemerlang dalam sains dan matematik. Eksport utama Filipina.. negara yang penduduknya hebat penguasaan bahasa Inggeris adalah pembantu rumah dan jururawat terlatih. Selain dari itu bersepah negara mundur yang hebat penggunaan Bahasa Inggeris di Afrika dan Amerika Latin yang tidak sampai ke mana-mana pun kehebatan rakyatnya. Sebaliknya bersepah juga negara-negara barat di Eropah (Sepanyol, Jerman, Itali, Belanda, Portugis dan banyak lagi) yang tidak menggunakan dan mengagungkan penggunaan bahasa Inggeris yang lebih cemerlang dalam sains dan teknologi (kapal selam kita beli dari Perancis… sampai kita guna penterjemah nak bincang beli kapal selam dengan mereka) Perancis hebat juga dengan 65 juta penduduk boleh mereka maju dengan bahasa mereka. Sepatutnya Bahasa Melayu difahami beratus juga manusia di Asia Tenggara mesti lagi hebat kalau kerajaan memerintah secekap kerajaan Perancis dalam mengerakkan rakyat mereka kenal budaya bangsa sendiri. Rusia iaitu negara yang kita menumpangkan “pelancong” angkasa kita, juga tidak guna Bahasa Inggeris.. semua teknologi angkasa mereka guna Bahasa Rusia, malah Rusia lebih ke hadapan dalam teknologi angkasa berbanding USA (sila lihat data pelancaran roket lebih banyak Rusia dan kegagalan pelancaran pula lebih banyak Amerika Syarikat) SIAPA KATA BAHASA INGGERIS JAMINAN UNTUK MAJU…??? Mungkin “benar” pada para kontraktor dan pembekal yang mendapat kontrak dari kerajaan.. kerana akan memajukan perniagaan mereka... SIAPA TU?


5) PPSMI sedang meragut semangat ramai pelajar dan guru yang sejak azali penutur Bahasa Melayu yang tegar. Seorang cikgu perasaan mereka aku tau sebab ada cikgu aku kenal yang tak pandai berbahasa Inggeris tetapi terpaksa mengajar menggunakan bahasa yang mereka sendiri tak faham.. sangat tertekan,,, Bagaimana murid-murid??? Entahlah Cuma boleh aku cakap kesian… semua mereka di sekolah “hulu”… dah lah bahasa tak faham… apa yang diajar jangan cakaplah… Dua-dua hangus… Ilmu matematik dan sains tak faham… Bahasa Inggeris pun tak faham (cikgu pun geleng kepala sebab dia sendiri pun tak faham nak mengajar dalam bahasa yang dia tak faham atau kurang faham).


Kalau ada sesiapa terbaca saya mengharapkan kalau-kalau ada DALIH-DALIH untuk meneruskan PPSMI

P/S: "I’d like to make my heart speech in Malay because I sound stupid when I speak English"… Di Asia Tenggara ini lebih ramai orang faham Bahasa Malaysia berbanding bahasa lain dan ia ditujukan untuk pencerahan akal manusia di Malaysia jadi nampak agak tolol jika aku menulis dalam Bahasa Inggeris

Jumaat, 27 Februari 2009

BERITA TERGEMPAR KENAIKAN KADAR TOL

Salam keimanan... kemanusiaan

Malaysiakini.com

Kadar tol 5 lebuhraya naik Ahad ini

Feb 26, 09 11:42am
Kadar tol bagi lima lebuhraya, termasuk Lebuhraya Utara Selatan (Plus) naik sebanyak 5 peratus mulai 1 Mac ini.
Empat lagi leburaya ialah Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) dan Lebuhraya Baru Pantai (NPE).
Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kerja Raya Datuk Ir Mohamad Zin Mohamad.
... Sambungan selanjutnya sila baca di sini... http://www.malaysiakini.com/news/99105

Itulah berita yang keluar semalam pasal TOL NAIK... Ramai orang yang menjadi pengguna jalan bertol sedang marah dan geram yang amat sangat... Sabar dulu.. kita tengok dua tiga.. empat.. lima hari ni... jadi ke tak naik tol tu...... Sebab bercangah sekarang ni juga...

1) Ikut perjanjian konsesi kena naik kata menteri terlibat...
2) Ramai kalangan orang yang menyokong pihak yang membuat perjanjian berat sebelah antara Kerajaan dengan pemegang konsesi juga membantah... termasuk Dato Sri Abdullah Badawi sendiri sebagai PM.


Di sini ada beberapa persoalan....

1) Adakah PM tidak dimaklumkan dengan kenaikan TOL berkenaan terlebih dahulu??
2) Kenapa keluar dalam pelbagai surat khabar dan berita tentang kenaikan TOL secara tergempar??
3) Kenapa Barisan parti yang berkuasa berani menaikkan TOL sekarang??
4) Adakah berita kenaikan TOL hanya sebagai satu program kempen??
5) Adakah berita ini nanti akan berakhir dengan Barisan parti memerintah diangkat sebagai hero yang dapat menghalang kenaikan TOL??
6) Adakah isu kenaikan TOL ini seolah-olah sedang berlaku "pertempuran hebat" Barisan parti memerintah kerajaan dengan pemegang konsesi.
7) Soalan akhir... Selepas hero.. iaitu Barisan parti yang memerintah berjaya menghalang kenaikan TOL oleh pemegang konsesi adakah... jauh dalam hati kita rasa... bagus... hebat... cemerlang betul pihak Barisan parti yang memerintah kerajaan sekarang... berjaya elak kenaikan harga TOL...


Jawapan kepada soalan itu aku tidak tahu... kerana aku tidak terlibat apa-apa dengan kenaikan atau penurunan atau penghapusan tol.. cuma rasa pelik.. dalam keadaan genting sekarang berani
keluarkan berita yang akan menjauhkan lagi pengundi... Sedangkan ada beberapa pilihanraya kecil dalam beberapa bulan ini nanti... Jadi sama-sama kita tengok macamana berakhirnya berita sedih yang dikeluarkan oleh Barisan parti yang sedang berkuasa ke atas Kerajaan sekarang... yang punca kenaikan ini juga ada kaitan dengan Barisan parti berkenaan kerana terlibat dengan "perjanjian" konsesi yang juga terlibat menentukan siapa yang pegang konsesi.. dan juga terlibat juga dengan usaha-usaha untuk "berlawan" dengan pemegang konsesi mengenai kenaikan kadar TOL......

p/s: Klu: Tol... bilangan TOL... kadar TOL.. Kenaikan TOL adalah isu panas antara Parti-parti yang sedang berebut kuasa sejak dahulu lagi... Masing-masing sedang tujuk hero kepada rakyat (pengundi) dalam berdepan dengan pemegang "konsesi" (di bawa oleh parti yang berkuasa)..

Sekian wassalam...

Ahad, 22 Februari 2009

AKU? SIAPA NI?

Assalamualaikum... Salam keimanan dan kemanusiaan buat sesiapa yang terbaca...

Apa-apa maklum balas dalam blog ini aku hargai dan segalanya aku dahului dengan jutaan terima kasih... dan hanya itu yang mampu aku nyatakan sebagai tanda penghargaan yang amat sangat. Di dalam blog ini aku tidak menggunakan nama seorang manusia untuk dikenali dan segala identiti aku sembunyikan... tanpa apa-apa pengenalan waiman sekeping gambar sekalipun... ini kerana aku tidak menulis kerana nama jauh sekali untuk membangga diri atas apa-apa yang dinyatakan... Cuma aku ingin memberi tahu laman blog ini ditulis oleh seorang manusia yang sedang meraba-raba mencari kebenaran dalam hiruk pikuk sebuah kehidupan... Pencarian jalan benar dan lurus yang diredhai Allah s.w.t itu bermula dari dalam hati... dengan niat yang tulus ikhlas dan dengan segala keupayaan pancaindera yang ada ini aku cuba memberi pandangan untuk tatapan manusia lain. Blog tanpa indentiti manusia ini sebagai tanda aku menulis bukan ada agenda sesiapa jauh sekali agenda peribadi untuk membangga diri... kerana setakat penulisan ini tiada siapa dalam dunia ini kenal siapa yang menulis blog ini. Aku tidak memihak kepada sesiapa termasuk diri aku sendiri... jika ia sesuatu yang akan merosakkan kehidupan manusia lain... sebuah keluarga... masyarakat... negara dan dunia keseluruhannya... aku mengharapkan adanya pembetulan dari sesiapa sahaja jika aku melakukan kesilapan. Laman blog ini hanyalah sebuah laman tempat seorang manusia menceritakan pandangan hidupnya tidak lebih dari itu... dan sekali lagi diulangi dengan rasa rendah diri ia bukan tempat untuk aku berbangga diri... dan menunjuk-nunjuk sebab tiada apa pun yang dapat aku tunjukkan pada sebuah laman yang tiada apa-apa ini. Saya mengharapkan jika ada kebencian yang sedang berputik di dalam hati sesiapa di atas apa yang aku tulis harapnya ia tidak menjadi buah dendam di dalam hati. Apa sekalipun saya dahulukan dengan permohonan kemaafan yang tidak terhingga jika ia mencederakan hati dan perasaan sesiapa sahaja. Setiap ayat-ayat dan perbuatan manusia lain itu dapat aku melihat jauh ke dalam hati mereka kerana ia ibarat cerminan seorang manusia... Cerminan seorang manusia... kerana aku juga manusia seperti orang lain dan memahami hati nurani manusia lain seperti aku memahami hati nurani aku sendiri... Aku boleh menulis apa sahaja di sini serakus dan semahunya kerana tiada siapa yang mengenali aku.. Tapi fahamilah aku juga sedang bergelut menjaga integriti aku sebagai manusia... berdiam terhadap serangan orang lain terhadap perasaan aku sebagai manusia itu tanda aku cintakan kedamaikan... sekalipun ia seperti ibarat meletakan maruah aku untuk dipijak. Berdiam tanda aku cintakan kedamaian itu kekadang seperti aku menganiaya diri sendiri... namun selemah-lemah senjata dalam memerangi sikap keji manusia lain itu adalah dengan kata-kata kerana hanya itu yang aku mampu lakukan disini. Ini kerana aku tidak mahu bermusuh dan menyakiti perasaan sesiapa... tapi fahamilah aku memusuhi keangkuhan dan kebebalan dalam diri manusia yang tidak bermakna aku sedang memusuhi insan yang memiliki sifat sedemikian... Aku kasihi dan sayangi semua orang yang tidak membawa mudarat kepada kehidupan orang lain... yang aku perangi hanyalah sikap jelik orang lain terhadap manusia lain itu sahaja... Sikap membangga diri dan membangga bangsa keturunan itu bukan aku orangnya. Tetapi tanda "dagang" aku sebagai manusia yang ada "lesen" untuk menulis dan mengajar manusia lain itu rasanya perlu dinyatakan supaya setiap ayat dan kata-kata aku dalam blog ini tidak "ditong sampahkan" oleh mereka yang bebal dalam mengerti hati nurani orang lain. Sekali lagi dinyatakan keupayaan fikrah manusia yang berbeza-beza itulah yang menghasilka kehidupan yang indah dan berwarna warni ini... dan disitu juga punca segala macam porak peranda kehidupan manusia apa bila bertembungnya dua sikap yang bertentangan berkenaan.



Kehidupan seorang manusia yang sedang mengendalikan blog ini aku rasa perlu aku paparkan serba sedikit sebagai panduan dan pengenalan untuk orang lain mengenali aku dengan lebih dekat... Namun sekali lagi aku ingatkan aku menceritakan latar belakang aku ini bukan untuk membangga diri ia sekadar untuk mengenali diri aku... Namun aku tidak akan menceritakan siapa aku sebenarnya... bukan kerana aku risaukan apa-apa cuma aku risau jika orang lain tahu dan kenal aku ia akan membuktikan aku manusia riak yang sedang menunjuk-nunjuk pandai atau apa sahaja... Sekali lagi aku mengingatkan dan dengan harapan yang tinggi menggunung aku sangat berharap orang lain tidak menganggap aku manusia riak dan menunjuk-nunjuk.. dan aku percaya orang lain tidak akan memikirkan aku bergitu kerana sebuah laman blog dengan ayat-ayat dari hati nurani seorang manusia tanpa indentiti ini bukanlah tempat yang bagus untuk riak dan menunjuk-nunjuk... kerana ada banyak cara lain yang boleh dilakukan selain di sini.



Siapa aku?? Aku anak orang kampung biasa yang suka hidup memecil di dalam bilik menyiapkan kerja-kerja yang dipertangungjawabkan pada aku untuk dilaksanakan. Menepati minat dan bidang yang aku ceburi.. menulis dan menyelidik maka sudah pastinya aku ingin menyampai apa-apa kefahaman aku tentang persekitaran hidup aku... ini semata-mata kerana memikirkan aku adalah sebahagian dari persekitaran yang sedang terbentuk dan berkembang berkenaan. Untuk pengetahuan sesiapa yang terbaca nota ini harap fahami di dunia sebenar aku bukan manusia yang suka berkata-kata dan itu identiti aku sejak lama dahulu... Tetapi kegemaran tegar dan ketagihan utama aku adalah mendengar dan membaca pandang manusia lain... dari suara-suara yang sampai ke gegendang telinga atau melalui aturan huruf-huruf yang membentuk ayat-ayat yang merupakan luahan atau pandangan yang empunya diri. Dari segi gaya.... jujur bagitahu aku berbeza dengan kebanyakkan kehidupan bangsa aku yang lain... Selekeh tapi bukan pengotor kerana kegemaran aku memakai pakaian yang tidak mencerminkan aku seorang yang suka bergaya dan angkuh menunjuk-nunjuk pada orang lain... Aku juga berkenderaan seperti kebanyakan orang lain tapi hanya menggunakan sebuah kancil buruk yang berusia enam tahun... Bukan kerana aku tak mampu untuk berkereta grand dan meluncur dengan bergaya dijalan raya tapi memikirkan aku belum layak untuk itu semua.. apalah ada pada sebuah kenderaan yang tujuannya untuk mengerakkan aku dari satu titik A ke satu titik B dalam ruang kehidupan ini... Sekali pun lingkungan hidup aku dipenuhi orang-orang yang mementingkan gaya dan keunggulan... aku juga bukan berkira dengan apa-apa rezeki yang aku terima tapi cukuplah aku kata setiap orang ada jalan hidup tersendiri dalam menilai kebahagiaan dan kesenangan hidup itu... Biarlah sekarang aku dengan cara dan impian hidup yang aku pilih itu buat masa ini...
Aku berjalan dan membeli belah juga seperti keluarga lain kerana memahami keinginan pengarang jantung hati aku... Satu ketika lantaran gaya kekampungan di sebuah pusat membeli belah aku dijauhi oleh pelayan kedai sedang aku terkial-kial bertanya dan membelek satu barangan kesihatan yang berharga RM1000.00 lebih sedang orang lain yang lebih bergaya baru menerjah masuk pintu kedai terus diterpa oleh pelayan kedai... Sebab apa aku dilayan begitu dan dengan rasa malu dan rendah diri aku melangkah keluar dari kedai itu. Masih aku ingat pengarang jantung jati aku yang bagitau lebih kurang begini ayatnya...... "Abg jangan sedih... gaya dan cara abg tu macam orang dari ladang... estet atau kampung yang baru masuk pekan.. siapa yang nak layan".. Tak tau aku nak bagi reaksi apa denganya kata-kata itu... akhirnya aku senyum sendirian mengenangkan gaya aku yang bertaraf lebih rendah dari marhaen.. sedang pada masa itu aku ada bawa cash cukup untuk membeli 3 buah alat berkenaan (ini aku tidak berniat untuk membangga diri atas apa-apa rezeki yang aku ada) cuma ingin memberi tahu manusia lain jangan menilai orang lain pada cara dan gaya kerana cara dan gaya boleh dilakunkan dengan berkesan untuk menutup sesuatu hakikat dan itulah yang dilakukan oleh manusia yang hipokrit dalam mempengaruhi pandangan orang lain... terhadap diri mereka.
Akhir kata sekali lagi ingin aku nyatakan dengan sepenuh perasaan dan setulus suci bahawa aku tidak memusuhi mana-mana manusia lain... Aku cuma memusuhi dan membenci sikap buruk dalam perlembagaan diri yang bernama hati seorang manusia... Kerana jika baik perlembagaan yang terbentuk itu baik maka baik jugalah insan itu dan jika perlembagaan hati yang terbentuk itu buruk maka buruk jugalah insan itu... perlembagaan sekeping hati seorang manusia itu dibentuk oleh kuasa-kuasa yang mengusai hati dan segala niat yang "digubal"... jika dianalogikan ia sebagai parti maka dalam negeri bernama jasad itu ada "parti" nafsu yang dibarisi oleh ingin makan, ingin pasangan berlainan jantina, ingin marah, ingin tamak dan sebagainya yang tujuannya untuk memenuhi keinginan sebagai manusia... Selain itu dalam negeri bernama jasad itu juga ada "parti" akal yang terdiri dari iman dan perikemanusiaan. Jika dalam negeri bernama jasad itu "parti" nafsu yang berkuasa dan membentuk perlembangaan sebuah hati maka bukan sahaja ia merosakan insan itu tetapi akan menjangkiti sehingga ke peringkat sejagat... jika insan itu mengetuai mana-mana sekumpulan manusia. Aku berharap dalam diri aku sentiasa dikuasai oleh "parti" akal yang berketuakan si Iman dan Si Perikemanusiaan kerana aku mengharapkan orang lain tidak binasa kerana sikap aku... Apa sekali pun yang berlaku di sekeliling aku ini.. ia juga aku anggap sebagai salah seorang yang menyumbang... sebagai satu komponen dalam sistem yang lebih besar sekalipun peranan aku itu lebih kecil dari sebutir debu... kerana aku memainan peranan walau hanya sebagai sebuah kerajaan asas paling secil seorang insan... yang sedang mentadbir dan mentarbiyah diri sendiri menjadi lebih baik lagi..
Akhir kata sekali lagi aku mohon maaf atas apa-apa yang tidak kena dengan apa yang aku nyatakan. Ini semua adalah sebagai satu tindakan kecil yang sepatutnya aku sebagai seorang manusia lakukan demi persekitaran kehidupan yang lebih baik...

Sabtu, 21 Februari 2009

AKU DAN ANAK-ANAK CINA

Assalamualaikum...... Salam keimanan dan salam kemanusiaan buat para pencinta kedamaian....

35 tahun yang lalu aku dilahirkan jauh di hulu sebuah negeri.. Aku membesar di persekitaran hidup yang jauh dari pekan membuatkan Aku tidak mengenali rapat kaum lain di Malaysia selain dari Kaum Melayu.. Hanya ibu dan bapa aku yang menceritakan perihal orang Cina yang dikatakan kaya dan tinggal di pekan-pekan berniaga dan mereka mengatakan Orang Cina tidak boleh dipercayai sangat dan suka menipu dan mempermainkan Orang Melayu. Aku tidak mengerti kenapa orang Cina dikatakan demikian sedangkan jika ke pekan kedai Cinalah yang akan menjadi tumpuan orang-orang Melayu mendapatkan pelbagai keperluan harian. Meningkat ke umur kanak-kanak yang mula belajar membaca, menulis dan mengira maka banyak lagi pegetahuan tentang negara bangsa dan sifat-sifat yang terpuji sebagai manusia.. Masa itu pendidikan sivik diajar disekolah-sekolah selain dari pendidikan Islam. Aku diajar tentang perpaduan pelbagai kaum di Malaysia, tentang tolerasi antara kaum dan sebagainya. Balik rumah aku biasa menumpang membaca Akhbar Utusan Melayu yang pada masa itu menjadi langanan tetap bapa aku. Aku dan adik beradik yang lain seramai 7 orang selalu berebut untuk membaca akhbar berkenaan setiap kali bapa selesai membaca...... Cerita-cerita dalam akhbar berkenaan memang lunak dan lembut menyentuh pelbagai isu dalam negara dari hal politik sampailah hal-hal artis. Ini berbeza dengan akhbar Harakah yang pada masa itu menggunakan bahasa-bahasa yang kelihatan keras dan tajam dalam menghentam. Harakah juga selalau bapa aku bawa balik dan menjadi bahan kajian bapa aku untuk mempertajam ilmu politik beliau kerana sejak aku kanak-kanak lagi beliau memang aktif menyertai satu kumpulan politik yang memperjuangkan martabat manusia mengikut warna kulit (sawo matang) dan bersama-sama dengan kumpulan yang memperjuangkan manusia kulit berwarna putih kuning dan hitam cokelat yang membetuk kumpulan terkuat tiga serangkai dalam barisan yang telah membentuk kerajaan sejak British keluar dari Tanah Melayu.
Pada zaman kanak-kanak (alam sekolah rendah) dalam berkawan-kawan selalulah menceritakan tentang politik.. politik budak-budak. Masa itu macam-macam cerita politik zaman Tun Dr. Mahathir mengenai Team A dan Team B. Selain dari itu yang selalu aku dan kawan-kawan bincangkan tentang Cina dan tentang Komunis... ingat lagi masa itu kalau ke mana-mana kalau berjumpa dengan Cina kami merasa ketakutan bimbang ditembak Komunis atau diculik oleh mereka. Ada juga perbincangan mengenai bahaya Negara Cina, Singapura yang akan menyerang Malaysia... mengenai orang-orang Cina Malaysia akan berpaling tadah dan membunuh Orang Melayu.... Aku pun tak tahu mengapa kalau bercerita tentang politik masa zaman budak-budak dulu takut benar kalau cerita tentang Orang Melayu yang akan diusir oleh Orang Cina apabila berlaku peperangan dan peristiwa seperti 13 May yang telah berlalu itu. Masih ingat lagi pada masa itu perasaaan benci, geram dan takut kepada Orang Cina memang sentiasa melekat dalam hati Aku masa itu.
Menjejak kaki ke sekolah menengah di sebuah pekan ditepi sungai maka semakin rapatlah aku dengan kehidupan masyarakat Cina. Semakin mengenali mereka dan setiap kali habis sekolah kedai merekalah diserbu oleh aku dan kawan-kawan untuk mendapatkan barang-barang runcit. Dalam kelas aku ada ramai juga budak-budak Cina yang belajar sekali dengan aku. Umur mereka setahun lebih tua dari aku kerana mereka menduduki kelas peralihan sebelum masuk tingkatan satu. Dalam ramai-ramai budak Cina tu ada seorang budak lelaki Cina yang selalu juga jumpa aku mendapatkan bahan-bahan belajar dan bertanya aku tentang pelajaran. Aku masa itu tak ler kedekut ilmu tapi cara aku itu selalu ler menjadi sindiran teman-teman Melayu. Selain dari itu entah macamana hati berkenan sangat pada seorang amoi dalam kelas aku... kata orang masa tu tengah membesar dan keinginan pada yang belainan jantina tu berkembang seiring dengan usia... Malu-malu kucing le bila terserempak dengan amoi tu setiap hari... aku tengok dia pun semacam jer bila jumpa aku (perasan betul aku) memang hati berkenan betul kat dia tapi tak tau macamana ler nak cakap kat dia yang aku menyimpan hati dan jatuh cinta monyet pada dia... Jauh dalam hati aku rasa terperasan amoi tu lain sikit kalau terserempak dengan aku, pandangan dan juga senyuman dia pada aku masa tu seperti dia juga seperti menaruh hati pada aku (perasan lagi aku). Masa tu tingkatan lima dan tahun akhir disekolah berkenaan dan pada bulan-bulan terakhir tu aku tengok dia tiba-tiba bertukar tempat duduk jadi lebih hampir dengan meja aku...... ni yang membuat aku semakin perasan...... Suatu hari sesuatu yang tak disangka berlaku bila dia tiba-tiba gelakan aku besar-besar hanya kerana lawak kecil kawan aku yang kena kan aku... sempatlah pada masa itu aku pandang dan renung mata dia lama-lama dan senyum puas-puas pada dia. Sebelum ni aku pun tak tau kenapa dengan dia aku jadi lemah dan lembik... segan dan malu padahal dengan orang lain aku ok jer semua. Sebelum peperiksaan SPM di awal 1990an berkenaan aku sempat ler bercakap dengan dia buat kali pertama... lama juga bercakap dan bersembang dgn dia dan menyatakan sesuatu yang sepatutnya seorang pencinta ceritakan... (apa ceritanya dan jawapan dia biarlah jadi rahsia aku dan Anak Cina berkenaan) Namun dapat dirasakan ia suatu pengalaman pertama dan boleh dikategorikan satu perbincangan matang dan berpijak di bumi yang nyata... Apa sekalipun masa itu aku ikhlas pada dia dan akan membimbing dia sebagai seorang muslim... dan aku fikir cukup baik niat aku kalau dapat laksanakannya. Sekalipun belum matang tetapi memahami latar belakang yang berbeza membuat sama-sama akan berfikir 100 kali. Bila dikenang-kenang balik kalau ingat kat dia mesti aku terfikir kalau jadile dia isteri aku agak-agak tercemar tak Melayu keturunan aku nanti...... adakah terjejas apa-apa sedang aku tahu ia akan menghasilkan baka manusia yang lebih baik lagi ciri-cirinya. Selepas selesai peperikasan SPM aku terputus hubungan dgn dia maklumlah masa tu mana ada hanset dan internet lagi jadi terasa ler juga sesuatu yang mencuit perasaan.
Masuk tingkatan enam aku bertukar sekolah dan aku dengar amoi tu tak dapat keputusan yang cemerlang. Jadi di sekolah baru tiadalah lagi dia dan terus terputus hubungan lansuang dengan dia. Sampai sekarang aku tak tau apa cerita dia. Tamat tingkatan enam aku kerja kilang bantu keluarga selama menunggu keputusan STPM. Seperti biasa kalau kata kerja kilang ni mana ada sangat tauke dia Melayu. Aku bekerja dengan tauke Cina dan Supervisor Cina... mula-mula kerja aku sangka layanan Cina pada Orang Melayu mesti teruk.. namun lama-lama baru aku rasa persepsi aku selama ini adalah silap dan ia semata-mata kerana mainan perkauman oleh parti yang memerintah negara sehingan mempengaruhi ramai Orang Melayu. Aku masih ingat lagi bagaimana Supervisor Cina berkenaan bagi nasihat kat aku juga tentang masa depan kesungguhan mencapai cita-cita sebab dia tahu aku menunggu STPM. Selalu juga aku besembang dengan dia selain dia mengajar aku banyak pekara yang aku tak tau.
Dapat keputusan STPM aku mohon masuk universiti dan dengan izinNya aku dapat tawaran sebuah universiti dan belajar di sana sampai tamat B.A dan bekerja sambil menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Aku masih ingat saat-saat genting dalam hidup aku sebagai pelajar Master dan juga sebagai suami dan bapa apabila perkhidmatan aku ditamatkan semasa zaman ekonomi baru pulih awal 2000an. Pada masa itu hanya tuhan yang tahu bagaimana kehilangan punca pendapatan dan keperluan menyara hidup dan membayar yuran pengajian Master yang sangat-sangat memeritkan... apa yang aku ingat saat aku keluar dari sebuah institusi kawan-kawan Melayu aku yang aku kira rapat dan baik dengan aku semakin menjauhkan diri.. cara dan gaya menunjukkan seperti aku orang asing sedang sebelumnya aku selalu menjadi tempat mereka bertanya tentang pelajaran juga. Aku fikir ini tidak lain dan tidak buka semata kerana aku berstatus penganggur yang sedang tenat bergelut masalah kewangan... nasib baiknya isteri aku bekerja jadi boleh bernafas namun untuk meneruskan pengajian yang yuran pengajian dah tertunggak bersemester amat membebankan...... Namun tanpa di sangka... sungguh saya tidak sangka dalam aku berdepan dengan masalah meneruskan pengajian seorang kawan Cina (seorang cikgu perempuan) yang merupakan kawan sepengajian aku membantu aku menjelaskan yuran pengajian... sungguh aku tak meminta dan tak pernah menceritakan masalah aku... cuma yang masih aku ingat bila dia tanya tesis setakat mana.. aku hanya menjawab ingin membuat penagguhan kerana masalah menjelaskan yuran pengajian sehingga aku dapat pekerjaan... Sungguh tak sangka dia sanggup carikan aku peluang kerja dengan meminta bantuan bapa saudara dia yang membuka kedai. Yuran pengajian aku untuk satu semerter dia bantu aku jelaskan... dengan ikhlas dia bagitau tak perlu risau pasal bayaran balik. Dengan bantuan dia aku dapat meneruskan pengajian aku sehinggan berjaya dan "hutang" dia telah aku jelaskan tanda terima kasih walaupun dia tidak meminta dari aku. Selepas peristiwa itu barulah aku mengerti kebaikan dan perikemanusiaan itu tidak mengenal warna kulit dan keikhlasan itu juga tidak mengenal warna kulit... Aku masih tertanya-tanya sikap kawan-kawan Melayu aku masa aku dalam keadaan genting yang masing-masing mengangkat kaki... sedang aku bukan jenis manusia yang akan menyusahkan orang lain... Apa sekalipun dengan pelbagai peristiwa yang berlaku telah mengubah persepsi mengenai sikap dan perangai manusia yang tidak bergantung kepada warna kulit.
Tamat Master aku meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi. Sekarang kawan aku yang paling rapat adalah Anak Cina juga tetapi lelaki le.. ke mana-mana mesti berdua... aku pun tak tau kenapa sebab dia pun suka kawan dengan aku walaupun kawan sebangsa dia ada ramai. Dari kawan Cina aku ni membuat aku lebih memahami hati budi Orang Cina... malah aku tak rasa perbezaan kaum dengan dia sekalipun dia penganut budha yang kuat dan vegetarian. Ke mana-mana selalu lah dengan dia termasuk masa membeli belah... aku tengok takdalah semasa dia berhubung dengan peniaga Cina dia ada keistimewaan sebagai pelangan sama juga macam aku... Mula-mula aku fikir mungkin Cina sama Cina ni boleh kira cincai sebab aku fikir mereka sedang bersatu membangunkan bangsa mereka ternyata persepsi aku silap. Pernah satu ketika aku dan kawan Cina aku ni pergi ke Sabah selama 2 minggu mengelilingi Negeri Sabah dan merata tempat aku pergi memang boleh kata aku cukup kenal dan rapat dengan dia pendek kata tiada rasa prejudis apa-apa. Kemudian dia ajak aku masuk satu syarikat perniagaan dan jadi pengedar bersama dia jadi aku ikut dia... percaya tak aku dapat cukup banyak ilmu dari dia dan dia memang mengajar aku cara-cara nak memajukan perniagaan dengan jayanya... Selama aku berkawan dengan dia cara hidup dia cukup simple... pergi kerja pakai motor EX5 jer... tapi simpanan pelaburan dan hartanah jangan ceritalah banyak... Aku belajar dengan dia macamana nak hidup senang kemudian hari.. kata dia masa depan adalah duit bekerja untuk kita dan bukan kita bekerja untuk duit. Pandangan hidup orang Cina banyak aku dapat dari dia malah dia bagitau pelik tengok kenapa orang Melayu tak gunakan banyak keistimewaan yang ada untuk majukan diri. Apa sekalipun aku bertuah sebab dapat mengenali seorang Anak Cina dan dapat membuka mata aku dalam banyak pekara yang sebelumnya aku tak tau.
Baru-baru ni aku mencari kontraktor untuk mengubahsuai rumah baru aku... seperti biasa nak cari kontraktor ni kena pandai pilih jadi ada yang dapat kos murah dan ada yang dapat kos mahal dengan kerja yang lebih kurang sama. Ada yang kerja cincai-cincai dan ada yang kerja dengan teliti... Aku tak mahu memburuk-burukkan mana-mana bangsa tapi aku fikir antara kebaikan untuk diri sendiri dan kebaikan untuk orang lain walaupun satu bangsa, aku akan memilih kepentingan diri aku sendiri dulu sebelum aku memikirkan kepentingan orang lain yang sebangsa dengan aku. Bagaimana dengan orang lain pula? Sesungguhnya bersatunya sekumpulan manusia itu adalah kerana keimanan dan kemanusiaan... Penyatuan manusia adalah disebabkan kesukaan kepada sifat terpuji sebagai manusia... bukan penyatuan kerana warna kulit...