Ahad, 22 Februari 2009

AKU? SIAPA NI?

Assalamualaikum... Salam keimanan dan kemanusiaan buat sesiapa yang terbaca...

Apa-apa maklum balas dalam blog ini aku hargai dan segalanya aku dahului dengan jutaan terima kasih... dan hanya itu yang mampu aku nyatakan sebagai tanda penghargaan yang amat sangat. Di dalam blog ini aku tidak menggunakan nama seorang manusia untuk dikenali dan segala identiti aku sembunyikan... tanpa apa-apa pengenalan waiman sekeping gambar sekalipun... ini kerana aku tidak menulis kerana nama jauh sekali untuk membangga diri atas apa-apa yang dinyatakan... Cuma aku ingin memberi tahu laman blog ini ditulis oleh seorang manusia yang sedang meraba-raba mencari kebenaran dalam hiruk pikuk sebuah kehidupan... Pencarian jalan benar dan lurus yang diredhai Allah s.w.t itu bermula dari dalam hati... dengan niat yang tulus ikhlas dan dengan segala keupayaan pancaindera yang ada ini aku cuba memberi pandangan untuk tatapan manusia lain. Blog tanpa indentiti manusia ini sebagai tanda aku menulis bukan ada agenda sesiapa jauh sekali agenda peribadi untuk membangga diri... kerana setakat penulisan ini tiada siapa dalam dunia ini kenal siapa yang menulis blog ini. Aku tidak memihak kepada sesiapa termasuk diri aku sendiri... jika ia sesuatu yang akan merosakkan kehidupan manusia lain... sebuah keluarga... masyarakat... negara dan dunia keseluruhannya... aku mengharapkan adanya pembetulan dari sesiapa sahaja jika aku melakukan kesilapan. Laman blog ini hanyalah sebuah laman tempat seorang manusia menceritakan pandangan hidupnya tidak lebih dari itu... dan sekali lagi diulangi dengan rasa rendah diri ia bukan tempat untuk aku berbangga diri... dan menunjuk-nunjuk sebab tiada apa pun yang dapat aku tunjukkan pada sebuah laman yang tiada apa-apa ini. Saya mengharapkan jika ada kebencian yang sedang berputik di dalam hati sesiapa di atas apa yang aku tulis harapnya ia tidak menjadi buah dendam di dalam hati. Apa sekalipun saya dahulukan dengan permohonan kemaafan yang tidak terhingga jika ia mencederakan hati dan perasaan sesiapa sahaja. Setiap ayat-ayat dan perbuatan manusia lain itu dapat aku melihat jauh ke dalam hati mereka kerana ia ibarat cerminan seorang manusia... Cerminan seorang manusia... kerana aku juga manusia seperti orang lain dan memahami hati nurani manusia lain seperti aku memahami hati nurani aku sendiri... Aku boleh menulis apa sahaja di sini serakus dan semahunya kerana tiada siapa yang mengenali aku.. Tapi fahamilah aku juga sedang bergelut menjaga integriti aku sebagai manusia... berdiam terhadap serangan orang lain terhadap perasaan aku sebagai manusia itu tanda aku cintakan kedamaikan... sekalipun ia seperti ibarat meletakan maruah aku untuk dipijak. Berdiam tanda aku cintakan kedamaian itu kekadang seperti aku menganiaya diri sendiri... namun selemah-lemah senjata dalam memerangi sikap keji manusia lain itu adalah dengan kata-kata kerana hanya itu yang aku mampu lakukan disini. Ini kerana aku tidak mahu bermusuh dan menyakiti perasaan sesiapa... tapi fahamilah aku memusuhi keangkuhan dan kebebalan dalam diri manusia yang tidak bermakna aku sedang memusuhi insan yang memiliki sifat sedemikian... Aku kasihi dan sayangi semua orang yang tidak membawa mudarat kepada kehidupan orang lain... yang aku perangi hanyalah sikap jelik orang lain terhadap manusia lain itu sahaja... Sikap membangga diri dan membangga bangsa keturunan itu bukan aku orangnya. Tetapi tanda "dagang" aku sebagai manusia yang ada "lesen" untuk menulis dan mengajar manusia lain itu rasanya perlu dinyatakan supaya setiap ayat dan kata-kata aku dalam blog ini tidak "ditong sampahkan" oleh mereka yang bebal dalam mengerti hati nurani orang lain. Sekali lagi dinyatakan keupayaan fikrah manusia yang berbeza-beza itulah yang menghasilka kehidupan yang indah dan berwarna warni ini... dan disitu juga punca segala macam porak peranda kehidupan manusia apa bila bertembungnya dua sikap yang bertentangan berkenaan.



Kehidupan seorang manusia yang sedang mengendalikan blog ini aku rasa perlu aku paparkan serba sedikit sebagai panduan dan pengenalan untuk orang lain mengenali aku dengan lebih dekat... Namun sekali lagi aku ingatkan aku menceritakan latar belakang aku ini bukan untuk membangga diri ia sekadar untuk mengenali diri aku... Namun aku tidak akan menceritakan siapa aku sebenarnya... bukan kerana aku risaukan apa-apa cuma aku risau jika orang lain tahu dan kenal aku ia akan membuktikan aku manusia riak yang sedang menunjuk-nunjuk pandai atau apa sahaja... Sekali lagi aku mengingatkan dan dengan harapan yang tinggi menggunung aku sangat berharap orang lain tidak menganggap aku manusia riak dan menunjuk-nunjuk.. dan aku percaya orang lain tidak akan memikirkan aku bergitu kerana sebuah laman blog dengan ayat-ayat dari hati nurani seorang manusia tanpa indentiti ini bukanlah tempat yang bagus untuk riak dan menunjuk-nunjuk... kerana ada banyak cara lain yang boleh dilakukan selain di sini.



Siapa aku?? Aku anak orang kampung biasa yang suka hidup memecil di dalam bilik menyiapkan kerja-kerja yang dipertangungjawabkan pada aku untuk dilaksanakan. Menepati minat dan bidang yang aku ceburi.. menulis dan menyelidik maka sudah pastinya aku ingin menyampai apa-apa kefahaman aku tentang persekitaran hidup aku... ini semata-mata kerana memikirkan aku adalah sebahagian dari persekitaran yang sedang terbentuk dan berkembang berkenaan. Untuk pengetahuan sesiapa yang terbaca nota ini harap fahami di dunia sebenar aku bukan manusia yang suka berkata-kata dan itu identiti aku sejak lama dahulu... Tetapi kegemaran tegar dan ketagihan utama aku adalah mendengar dan membaca pandang manusia lain... dari suara-suara yang sampai ke gegendang telinga atau melalui aturan huruf-huruf yang membentuk ayat-ayat yang merupakan luahan atau pandangan yang empunya diri. Dari segi gaya.... jujur bagitahu aku berbeza dengan kebanyakkan kehidupan bangsa aku yang lain... Selekeh tapi bukan pengotor kerana kegemaran aku memakai pakaian yang tidak mencerminkan aku seorang yang suka bergaya dan angkuh menunjuk-nunjuk pada orang lain... Aku juga berkenderaan seperti kebanyakan orang lain tapi hanya menggunakan sebuah kancil buruk yang berusia enam tahun... Bukan kerana aku tak mampu untuk berkereta grand dan meluncur dengan bergaya dijalan raya tapi memikirkan aku belum layak untuk itu semua.. apalah ada pada sebuah kenderaan yang tujuannya untuk mengerakkan aku dari satu titik A ke satu titik B dalam ruang kehidupan ini... Sekali pun lingkungan hidup aku dipenuhi orang-orang yang mementingkan gaya dan keunggulan... aku juga bukan berkira dengan apa-apa rezeki yang aku terima tapi cukuplah aku kata setiap orang ada jalan hidup tersendiri dalam menilai kebahagiaan dan kesenangan hidup itu... Biarlah sekarang aku dengan cara dan impian hidup yang aku pilih itu buat masa ini...
Aku berjalan dan membeli belah juga seperti keluarga lain kerana memahami keinginan pengarang jantung hati aku... Satu ketika lantaran gaya kekampungan di sebuah pusat membeli belah aku dijauhi oleh pelayan kedai sedang aku terkial-kial bertanya dan membelek satu barangan kesihatan yang berharga RM1000.00 lebih sedang orang lain yang lebih bergaya baru menerjah masuk pintu kedai terus diterpa oleh pelayan kedai... Sebab apa aku dilayan begitu dan dengan rasa malu dan rendah diri aku melangkah keluar dari kedai itu. Masih aku ingat pengarang jantung jati aku yang bagitau lebih kurang begini ayatnya...... "Abg jangan sedih... gaya dan cara abg tu macam orang dari ladang... estet atau kampung yang baru masuk pekan.. siapa yang nak layan".. Tak tau aku nak bagi reaksi apa denganya kata-kata itu... akhirnya aku senyum sendirian mengenangkan gaya aku yang bertaraf lebih rendah dari marhaen.. sedang pada masa itu aku ada bawa cash cukup untuk membeli 3 buah alat berkenaan (ini aku tidak berniat untuk membangga diri atas apa-apa rezeki yang aku ada) cuma ingin memberi tahu manusia lain jangan menilai orang lain pada cara dan gaya kerana cara dan gaya boleh dilakunkan dengan berkesan untuk menutup sesuatu hakikat dan itulah yang dilakukan oleh manusia yang hipokrit dalam mempengaruhi pandangan orang lain... terhadap diri mereka.
Akhir kata sekali lagi ingin aku nyatakan dengan sepenuh perasaan dan setulus suci bahawa aku tidak memusuhi mana-mana manusia lain... Aku cuma memusuhi dan membenci sikap buruk dalam perlembagaan diri yang bernama hati seorang manusia... Kerana jika baik perlembagaan yang terbentuk itu baik maka baik jugalah insan itu dan jika perlembagaan hati yang terbentuk itu buruk maka buruk jugalah insan itu... perlembagaan sekeping hati seorang manusia itu dibentuk oleh kuasa-kuasa yang mengusai hati dan segala niat yang "digubal"... jika dianalogikan ia sebagai parti maka dalam negeri bernama jasad itu ada "parti" nafsu yang dibarisi oleh ingin makan, ingin pasangan berlainan jantina, ingin marah, ingin tamak dan sebagainya yang tujuannya untuk memenuhi keinginan sebagai manusia... Selain itu dalam negeri bernama jasad itu juga ada "parti" akal yang terdiri dari iman dan perikemanusiaan. Jika dalam negeri bernama jasad itu "parti" nafsu yang berkuasa dan membentuk perlembangaan sebuah hati maka bukan sahaja ia merosakan insan itu tetapi akan menjangkiti sehingga ke peringkat sejagat... jika insan itu mengetuai mana-mana sekumpulan manusia. Aku berharap dalam diri aku sentiasa dikuasai oleh "parti" akal yang berketuakan si Iman dan Si Perikemanusiaan kerana aku mengharapkan orang lain tidak binasa kerana sikap aku... Apa sekali pun yang berlaku di sekeliling aku ini.. ia juga aku anggap sebagai salah seorang yang menyumbang... sebagai satu komponen dalam sistem yang lebih besar sekalipun peranan aku itu lebih kecil dari sebutir debu... kerana aku memainan peranan walau hanya sebagai sebuah kerajaan asas paling secil seorang insan... yang sedang mentadbir dan mentarbiyah diri sendiri menjadi lebih baik lagi..
Akhir kata sekali lagi aku mohon maaf atas apa-apa yang tidak kena dengan apa yang aku nyatakan. Ini semua adalah sebagai satu tindakan kecil yang sepatutnya aku sebagai seorang manusia lakukan demi persekitaran kehidupan yang lebih baik...

2 ulasan:

  1. salam perkenalan. bagus coretanmu penuh makna dan tersirat. tapi aku pun menulis bukan kerana nama..mengunakan bunga kerana aku gemar denganya.

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum...
    Salam perkenalan juga buat saudari Mawar Berduri yang dihormati dan dikasihi. Terima kasih atas coretan yang ditinggalkan... Aku juga suka akan bunga kerana ia tanda persahabatan dan kasih sayang antara insan... Dah baca blog yang Mawar buat... suka dan hormati dengan setiap pandangan Mawar mengenai hal-hal tanah air..

    BalasPadam

Tutorial dan Perbincangan