Isnin, 16 Februari 2009

CERITA HANTU YANG TAK MENYERAMKAN LAGI


Salam keimanan dan kemanusiaan...


Putaran waktu yang pantas belalu membuat diri semakin matang dan dewasa... lebih mengetahui isi dunia dengan pandangan dan fikiran yang bebas merdeka dari kebodohan yang lampau... Suatu masa dahulu teringat ketakutan kepada hantu yang suka menyorok kanak-kanak diwaktu senja... (Nama hantu tu sedikit lucah... Hantu Te**k) Antara kebenaran dan kepalsuan ia menjadi senjata paling berpengaruh dan berkesan untuk memastikan anak-anak yang baru kenal dunia dan bermain-main di luar rumah dapat dikumpul balik ke rumah masing-masing.. Sakatan ibu bapa berkenaan mampu membuat semua kanak-kanak takut bermain-main di luar rumah bila senja menjelang tiba... Di dalam rumah pun begitu gertakan dan ketakutan kepada hantu menjadi senjata paling berkesan untuk memastikan kanak-kanak terus menerpa dan memeluk erat kaki ibubapa masing-masing kerana takutkan hantu... Semua cerita-cerita berkenaan telah menjadi senjata berkesan dalam mengawal anak-anak pada zaman saya kanak-kanak dahulu.... Sekarang mungkin masih ada lagi ibubapa yang menggunakan kaedah menakut-nakutkan untuk mengawal anak-anak mereka sebab daya fikrah yang belum matang dan kebodohan anak-anak kecil memudahkan cara berkenaan digunakan sebagai senjata paling ampuh dan tiada tolok bandingnya.




Namun dewasa ini didapati pula cerita hantu Cina yang dikatakan telah lama ada dan bila-bila masa boleh muncul dan mengamuk telah diheboh-hebohkan ke seluruh Alam Melayu. Hantu Cina ini dikatakan akan makan orang Melayu kalau orang Melayu tak bersatu padu dan meninggalkan nasihat "Bomoh Handal" yang dikatakan pahlawan hebat yang dapat melawan Hantu Cina berkenaan. Telah lebih 50 tahun orang-orang Melayu percaya dengan kehebatan "Bomoh Handal" berkenaan dalam berdepan dengan Hantu Cina.. sehingga tiada suara.. tiada kata.. tiada nasihat lagi yang Orang Melayu ikut melainkan hanya mengangguk setiap kata-kata dan nasihat "Bomoh Handal" berkenaan... Namun semakin lama manusia semakin cerdik dan semakin pandai akhirnya cerita Hantu Cina nak makan Melayu berkenaan ternyata cerita yang diada-adakan... ia hanyalah mainan karut "Bomoh Handal" untuk memastikan Orang Melayu menjadi pelangan tetap mereka dan terus memeluk erat kaki "Bomoh Handal" sampai bila-bila selagi ada orang yang ketakutan kepada "Hantu Cina"... Masa terus berputar dan sekarang cerita tentang "Hantu Cina" semakin bergema seperti yang telah diwar-warkan oleh "Bomoh Handal" Ramai juga Orang Melayu yang sedang kecut perut dan mengigil ketakutan yang amat sangat... Namun demikian lebih ramai lagi yang tidak mahu lagi percaya kepada "Bomoh Handal" berkenaan malah ramai dari mereka yang ketawa besar terbahak-bahak beramai-ramai mengenangkan kebodohan mereka selama ini... Keadaan ini berlaku kerana semakin ramai yang celik mata dan celik akal untuk tidak mempercayai lagi kata-kata "Bomoh handal" berkenaan yang ternyata hanya mengambil kesempatan di atas kebodohan orang lain... Ramai juga Orang Melayu yang cerdik telah menyamar jadi orang lain dan bukan Orang Melayu (tak berdosa disisi Islam menyamar sebagai bukan Melayu) semata-mata supaya penyakit ketakutan kepada "Hantu Cina" berkenaan tak berjangkit kepada mereka... Sekian Wassalam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tutorial dan Perbincangan