Rabu, 18 Februari 2009

MACAMANA KETAKUTAN DAN KEBENCIAN BERMULA...??



Assalamualaikum...... Salam keimanan dan salam kemanusiaan buat para pencinta kedamaian....

Ketenangan hati dalam Aku menyiapkan tesis sambil merehatkan akal dengan membuka laman-laman berita mencari kebenaran dan kepalsuan... terlihat aku jenaka auta lidah rasmi sebuah kumpulan. Persekitaran kehidupan sehari-harian yang penuh auta yang menyelubungi fakta.. membuat hati merasa bimbang mengenang kebodohan insan-insan kerdil yang tidak mengerti apa-apa.. tentang politik dan permainan kotor pelahap kuasa... Sekali baca pasti mereka termakan umpan beracun... membuat mereka ketakutan.. tertekan dan kerisauan.. Saya sangat simpati dan kasihan pada mereka...

Buat saudara yang terbaca sebuah akhbar arus perdana hari ini sila lihat dan baca dengan mendalam dan bebebas-bebasnya sebagai manusia berakal dan merdeka... guna akal fikiran sewaras.. sewaras.. sewarasnya... maksimumkan daya fikiran dan fikirkan dalam-dalam... supaya kita nampak.... kenal dan tahu... APAKAH AGENDA KARTUN BERKENAAN DIBUAT dan disiarkan di muka hadapan?? Ia adalah tentang ekuiti Bumiputra dan tentang tuntutan bukan bumiputra mengenai ekuiti 30%... Benarkan begitu?? atau hanya permainan sebuah kumpulan untuk memporak perandakan rakyat?? Yang menuntut dan yang dituntut itu adalah satu kumpulan yang sama sedang berkuasa sekarang.. (Yang menuntut pejuang "Ketuanan Cina" yang dituntut Pejuang "Ketuanan Melayu") Pelik kenapa disiarkan di muka hadapan?? terang-terang? Lebih pelik lagi yang dituntut dan yang menuntut berkenaan dari kumpulan yang sama... yang telah 50 tahun bersatu padu pada peringkat atasan dan memporak perandakan Melayu dan Cina peringkat bawahan... yang selama ini diperdayakan... Bila menang besar dalam pilihanraya maka ketawa besar mereka beramai-ramai...

Apakah dia ekuiti "Bumiputra" (Saya meletak tanya koma sebab ia menjadi tandatanya... nanti saya jelaskan) berkenaan?? Ekuiti adalah pegangan atau saham yang bertujuan mengambil untung tanpa perlu bekerja keras cuma meletak modal dalam satu-satu syarikat... Ok mari kita bertanya dan saya menjawab berberapa soalan mengenai ekuiti "Bumiputra" berkenaan:-

1) Siapa yang selama ini mendapat ekuiti itu yang ada keisimewaan?

Siapa? Adakah anda yang membaca mendapat faedah? adik-beradik anda? Keluarga terdekat anda cuba siasat siapa yang mendapat untung dan keistimewaan ekuiti itu? Jawapannya yang untung adalah orang yang ada kuasa mengagih-agihkan ekuiti berkenaan dikalangan orang-orang yang "TELAH LAMA KAYA" bukan untuk diagih kepada Orang Melayu di kampung atau Orang-Orang Asli... semua mereka tak tahu apa-apa.. istilah ekuiti pun mereka tak tau.. yang mereka tau "Bumiputra" emm yg tu mereka merasa merekalah orangnya... mereka merasa Bumiputra dan merasa terancam dengan cerita karut berkenaan. Orang yang untung dengan ekuiti itu adalah ahli kumpulan pejuang "Ketuanan Melayu" sebab mereka mendapat kuasa dari undi orang-orang kampung yang tidak tahu apa-apa yang tertipu dengan istilah "Bumiputra" dengan kuasa segala ekuiti dan saham-saham diagih-agihkan sesama mereka... yang telah lama KAYA RAYA... dengan saham mereka boleh duduk diam dan dapat duit.

2) Kenapa ia dinamakan "Ekuiti Bumiputra"?

Kenapa ia dinamakan "Ekuiti Bumiputra" sedang bersepah dan ramai Orang Melayu dan Orang Asli tak terlibat langsung dengan "Ekuiti Bumiputra" berkenaan. Kenapa tak namakan dengan lebih khusus dengan nama "Ekuiti Kumpulan Ketuanan Melayu" sebab yang dapat nikmat, yang kaya dan yang kecoh satu Malaysia adalah kumpulan berkenaan...??? Kalau nak tau nama "Ekuiti Bumiputra" tu ada makna mendalam... tujuan "Bumiputra" di masukkan sebab dengan adanya istilah "Bumiputra" maka semua orang yang merasa "Bumiputra" terutamanya orang Melayu akan menyokong kumpulan yang berkeras nak menyimpan ekuiti 30% berkenaan.. Ini juga bermakna undi Bumiputra bersama dengan mereka selama mereka dapat terus diperkotak-katikan kelemahan daya fikir bumiputra dengan umpan "Ekuiti Bumiputra" berkenaan.

3)Apa untungnya kepada bumiputra lain termasuk orang Melayu dengan kuota 30% "Bumiputra" berkenaan?

Dalam Malaysia ni isu kuota memang selalu panas... kerana keutamaan sesuatu bantuan dan sebagainya berpaksikan wana kulit.. bukan berpaksikan keperluan manusia.. Isu kuota yang selalu dimainkan ini adakah menguntungkan Melayu atau Bumiputra keseluruhanya?? Saya tiada jawapan tapi sila tanya siapa orang-orang yang terdekat dengan kita merasa dan tahu macamana nak dapatkan ekuiti pengangkutan berkenaan?? Kalau tak dengar maknanya itu cerita karut semata-mata agenda dia untuk mengancam perasaan Melayu dengan ketakutan kepada Cina... dan terus percaya kepada agenda "Ketuanan Melayu". Kita.. adik beradik kita.. saudara mara kita dan rakan-rakan kita yang "Bumiputra" tak dapat apa-apa.. tak rasa apa-apa.. semua tu auta.. Hanya guna nama "Bumiputra" untuk mendapat sokongan supaya dapat kuasai kekayaan yang ada. Kita Orang Melayu lain tak dapat apa-apa hanya mereka yang dapat.. Kalau mereka dapat senang dan kaya kenapa kita beriya-riya sayangkan dan berjuang untuk mereka??

4) Kenapa cerita tentang saham dan tentang bumiputra selalu dimainkan?

Cerita Kuota ni takda isu apa pun ia cuma mainan karut supaya terus dapat menpengaruhi Orang Melayu supaya takutkan Cina dan kemudian terus berpegang teguh menyokong agenda karut "Ketuanan Melayu". Kita semua faham akhir-akhir ini kuasa semakin surut dan orang makin menyampah jadi cuba nak buat gempar dengan cerita-cerita perkauman... sesama mereka dalam kumpulan... Mereka nampak jer bergaduh tapi sebenarnya sedang bersatu tu nak menipu daya Melayu dan Cina.

5) Siapa tuan punya akhbar yang meyiarkan kartun berkenaan?

Akhbar yang menyiarkan kartun tu merupakan lidah rasmi kumpulan pejuang "Ketuanan Melayu". Yer akhbar rasmi mereka.. yang juga lidah rasmi mereka berkempen... Akhbar ini zaman awal adalah merdeka dari pengaruh sesiapa tapi bila "Kumpulan Ketuanan Melayu" dapat kuasai saham maka ia dengan rasminya jadi alat kempen mereka... Malangnya ramai yang percaya kerana ia menyamar seperti akhbar biasa yang "jujur dan tulus" kononnya nak bantu Orang Melayu.

6) Jika anda sebagai orang Melayu kenapa tiba-tiba rasa terdetik di hati ketakutan dan kebimbangan dengan auta dalam jenaka itu?

Mestilah bimbang sebab rasa diri tergugat... betul tak??? dah 50 tahun diri dimomok dan disumbat dengan rasa ketakutan kepada Cina... Lama... dah rasa sebati dalam diri... Secara analoginya dia ibarat seorang batu api meletak gumpulan sampah di depan kita dan di depan orang Cina supaya "RAKYAT MALAYSIA TIDAK BERSATU MENENTANG MEREKA"

Batu Api: "Ok ni kepala bapak Orang Melayu.. (sambil meletak gumpalan sampah depan Orang Cina) dan ini kepala bapak Orang Cina dengan meletak gumpalan sampah depan Orang Melayu... Ok sekarang anda berdua sila sepak kepala bapak lawan masing-masing..."

Orang yang bodoh akan bergaduh kerana segumpal sampah bekenaan. Dalam hal ini istilah "Bumiputra" atau "Melayu" itulah ibarat sampah yang digunakan untuk mengapi kaum. Ada ekuit dinamakan "ekuiti BUMIPUTRA" ada raja "Dinamakan Raja Melayu" ada Islam dikatakan "Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu" ada biasiswa untuk orang miskin dinamakan "Biasiswa Bumiputra" pendek kata semua nak kaitkan dengan Melayu supaya semua Melayu menyokong mereka dan menggunakan nama itu dengan berkesan sekali sejak lebih 50 tahun.

7) Soalan akhir.. Apa untung kepada diri anda... keluarga anda dan rakan-rakan anda dengan ekuiti itu??

Tak untung apa-apa... TIDAK DAPAT APA-APA.. Kenapa kita Melayu dan Bumiputra lain nak kecoh mereka berebut laba dan harta?? Fikir dalam-dalam sekali lagi yer.. Kalau adik beradik kita kaya raya adakah kita juga dapat untung?? Makna rasa bahagia dengan kekayaan adik beradik kita?? setahu saya ada yang bergaduh dan berperang adik-beradik kerana harta.. ramai kes macam tu yer... Jadi adakah kita merasa bahagia dan dapat tumpang apa-apa bila Melayu lain kaya raya?? nak tanya KITA DAPAT APA??? Sedang adik beradik kita yang keluar dari rahim ibu yang sama dan dari sperma bapa yang sama boleh bergaduh kerana harta.. KENAPA KITA JADIK NGOK DAN LEMBAM sangat nak rasa bahagia dan suka sampai bergaduh sesama sendiri dengan KEKAYAAN MELAYU LAIN yang mendapat ekuiti hasil memperdaya undi-undi orang yang berjaya ditipu..?? Fikir.. fikir.. fikir dalam-dalam yer saudara dan saudari sekelian.. Bersatulah kita demi keimanan dan kemanusiaan bukan bersatu kerana warna kulit kerana kita tak akan dapat apa-apa dengan menyokong dan bersukaria dengan kekayaan Melayu dan Bumiputra lain (ITU SEMUA BUKAN KITA PUNYA)

Sekian Wassalam...

10 ulasan:

  1. terima kasih..artikel anda berkualiti..

    BalasPadam
  2. salam..

    terima kasih menjadi follower.

    selamat berjuang

    ;)

    BalasPadam
  3. misteri sungguh...
    blog saya yg tidak ilmiah itu m'jd pilihn utk difolow...terima kaseh diucapkan...siapakah anda?

    BalasPadam
  4. Salam,

    Wah, benar dugaan saya, anda ini jua sedang dalam perjalanan PhD bukan? Bolehkah saya bertanya, dalam bidang apa ya...

    BalasPadam
  5. Salam,

    Anda ini....TANPA NAMA kah? Nama di dalam Facebook...wah, kajian mengenai dasar polisi? Hebat nya anda! Saya pasti tidak terdaya membuatnya...polisi ini bikin semak dalam hati saya....:)

    BalasPadam
  6. melalui ekuiti bumiputera saya dapat biasiswa pendidikan di sekolah dahulu... dapat biasiswa ke universiti... dapat pinjaman perniagaan dapat pembelian perumahan... melalui ekuiti bumiputera jugalah anak-anak saya dapat buku teks percuma..
    melalui ekuiti bumiputera juga kami anakberanak dapat melabur di ASB, ASN

    bahkan bukan kami sahaja... melalui ekuiti bumiputera inilah.. ramai ibu tunggal di kawasan saya mendapat bantuan daripada kebajikan masyarakat, dapat bantuan rumah PPRT.


    saya tak faham kenapa anda kata anda tak dapat apa-apa... adakah maksud anda tak dapat duit cash..???

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum...... Salam keimanan dan salam kemanusiaan buat para pencinta kedamaian....


    Saudari Azizah yang dihormati dan dikasihi saya bertanya tentang ekuiti dalam pengangkutan? Biasiswa apa semua itu lain yer. Belanja pendidikan dan yang berkaitan semua itu adalah tangungjawab mana-mana kerajaan dalam dunia ini... sekalipun kerajaan komunis seperti Russia dan Cina WAJIB dalam membiayai rakyat mereka kerana cukai dikutip dari rakyat. Itu memang kerja mana-mana kerajaan dalam dunia ini... Kalau ada pihak tidak sanggup jadi pengerak kepada pendidikan percuma sila berhenti dari memerintah kerajaan...

    APA YANG SAYA TANYA EKUITI DALAM PENGANGKUTAN?? SIAPA YANG DAPAT? ESKUITI DALAM PLUS HIGHWAY SIAPA DAPAT? Sedangkan bayaran tol, cukai jalan, cukai import kenderaan dan pelbagai cukai lagi semua orang bayar samada Bumiputra atau Bukan Bumiputra?? Mana keistimewaan saya sebagai BUMIPUTRA?? Nak suruh lapor buah butir perjanjian konsesi pun tak berani... Siapa yang untung dalam perjanjian itu. KERAJAAN KE UNTUNG ATAU PEMEGANG KONSESI?? Siapa pemegang ekuiti dalam PLUS HIGHWAY tu? ITU YANG SAYA TANYA YER SAUDARI...

    Semua bantuan dalam pelajaran itu saya juga nikmati.. tetapi saya tak suka jika saya mendapat atas nama saya sebagai "Bumiputra" saya lebih suka mendapat sebab saya layak dapat.. iaitu sebab ibu bapa saya miskin dan saya layak dapat.. Ini kerana yang dah kaya raya ramai yang dapat bantuan kerajaan kerana kononnya status "BUMIPUTRA" walaupun tak layak... SAYA SUKA KALAU SAYA LAYAK TERIMA SEBAB STATUS KEMISKINAN SAYA BUKAN KERANA SAYA BUMIPUTRA...

    Ada beza tu yer yang "Layak" dan yang "Bumiputra" sebab dalam yang berstatus "Bumiputra" itu ada yang tak layak dapat bantuan.. Jadi harap pihak yang berkuasa tidak memanipulsikan istilah itu...

    P/S: Artikal ini ditulis atas kredibiliti aku yang melihat dan memadang pekara ini dengan dengan lebih mendalam dan bebas... Tidak sesuai dibaca jika pelajaran belum sampai paras Ijazah Sarjana Muda... kerana ia mengelirukan orang-orang yang tidak dapat berfikir secara bebas dan positif...

    Salam kemaafan... buat para pencinta silaturahim moga-moga tetap lah kaki di Sirotal Mustaqim itu walau jiwa meronta berdepan dengan seribu kepayahan...

    BalasPadam
  8. salam,

    Ah, jangan marah2, bukan kah dalam Al-Quran (surah ad-Dhuha ayat 10):

    dan orang yang meminta (bertanya) jangan lah engkau herdik?

    bukan semua golongan pembaca di sini cerdik pandai macam saudara, yang belajar tinggi2 hingga ke angkasa, maka selayaknya, sewajar nya orang seperti anda ini menerangkan nya dengan lebih lanjut, tapi penuh berhikmah...

    tidak semestinya pemegang ijazah sarjana muda dan phd itu berfikiran bebas, itu tertakluk pada pendapat masing2 apa yang di maksudkan dengan bebas, tapi ramai saya jumpa, mereka ini, bongkak2 belaka, baru sampai tahap master, sudah mendebik dada, bukan kah sepatutnya seperti padi, lagi berisi lagi tunduk?

    apa2 pun, ilmu Tuhan ini sangat luas, jangan dicerca mereka yang tidak lagi sampai tahap sarjana muda seperti anda.

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum...... Salam keimanan dan salam kemanusiaan buat para pencinta kedamaian...

    Buat Nur yang dihormati dan dikasihi... saya dengan rasa rendah hati memohon maaf jika ada mana-mana ayat yang menyentuh hati saudari atau sesiapa sahaja... seorang pendidik akan menjelaskan dengan penuh etika... mana mungkin seorang pendidik itu dapat menahan rasa.. jika lain yang dibincang dan lain yang di cerita.. Tuhan Rabul Izzati menjadikan perasaaan marah itu selemah-lemah senjata tanda kedaulatan sebuah kerajaan bernama "insan"... Sindiran itu selemah-lemah kemarahan... tanda saya tidak menyenangi sikap tidak menghormati orang lain saudari Azizah yang tanpa salam tanpa maaf meninggalkan catatan buat saya.. dengan jawapan yang tidak mengikut kehendak soalan.. tanpa memberi salam dan tanpa terima kasih... itu adakah sikap yang baik sebagai seorang wanita yang lemah lembut dan kaya dengan kasih sayang... Saya cuma menbayangkan saudari Azizah itu bagaimana.. sebab saya bimbangkan pemahaman dia tidak sama dengan saya dan mungkin ramai orang lain.. Apa sekalipun saya mendoakan dan mengharapkan Saudari Azizah yang menjadi tetamu yang saya hormati dalam Blog saya ini dapat memahami hati budi saya sedalamnya... Tiada niat di hati saya hendak menjatuhkan air muka sesiapa.. percayalah Saudari Azizah jauh dalam hati saya mengharapkan pemahaman atas apa yang saya sampaikan apa sekalipun saya tidak memaksa sesiapa menerimanya... cuma cukup untuk saya menyampaikan di sini. Saya cuma menyampaikan apa yang sepatutnya saya sampaikan... Nur yang dihormati dan dikasihi sesungguhnya saya tidak ada menyimpan rasa kecewa dan marah pasa sesiapa... Jadi janganlah menyatakan saya mengherdik sesiapa... Saya rasa susunan dan aturan penyampaian saya cukup teratur... Saya pun bimbang jika ada sikap angkuh dan bongkap dalam diri saya kerana saya tau ia sikap tidak baik sebagai manusia. Keangkuhan dan kebongkakan itu terjadi kerana ada pihak yang telah puluhan tahuan mendidik warga Malaysia menjadi bangga diri dan bongkak dengan sedikit kejayaan... sikap-sikap benci pada insan lain disemai semata-mata kerana mereka tidak sebangsa dengan kita... Itu lah bermulanya sikap angkuh dan bongkak itu... Sikap merasa "Ketuanan" itulah punca ramai yang angkuh dan bongkak dengan sedikit kelebihan.. dan mungkin pada pandangan saudari Nor yang dikasihi sikap itu turut berjangkit pada saya... dan Nor rasai dalam ayat-ayat yang saya tulis... sebagai cerminan sikap saya itu... Akhir kata saya mendoakan Nur dan Azizah juga akan sentiasa berada dalam kebahagiaan dan kerahmatan ilahi selalu... amin.. Salam keimanan dan salam kemanusiaan buat saudari berdua... dan sentiasa dalam berada dalam kedamaian... moga-moga kedamaian itu sentiasa mendakap hari-hari yang dilalui... moga kedamaian itu mengisi ruang-ruang kosong hidup saudari berdua dengan ingatan kepada yang Maha Pencipta.. moga-moga Tuhan Rabul Izzati menjadikan hari-hari dalam hidup saudari berdua adalah hari-hari yang diredhaiNya


    Salam kemaafan... buat para pencinta silaturahim moga-moga tetap lah kaki di Sirotal Mustaqim itu walau jiwa meronta berdepan dengan seribu kepayahan...

    BalasPadam
  10. Maaf kan saya jua, mungkin saya salah faham, doakan kami disini kuat dalam menghadapi segala cabaran yang mendatang!

    :D

    BalasPadam

Tutorial dan Perbincangan