Selasa, 17 Februari 2009

UCAPAN INI DITUJUKAN KEPADA YANG BERKENAAN

Assalamualaikum... Salam Keimanan dan Kemanusiaan buat pencinta kedamaian
Setelah membaca isi ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong maka saya memahami ia ditujukan khas buat kumplan yang mengapikan perkauman sempit sesama warga Malaysia... Kumpulan mana?? yang tu kita kena guna akal fikiran yang waras... rasanya sesiapa yang pandai menggunakan daya fikiran yang waras dan matang akan tahu kumpulan mana yang suka sangat mengapi-gapikan perkauman selama ni... Sebenarnya perjuangan mengangkat dan mengagungkan warna kulit masing-masing akan menyebabkan PERPADUAN RAKYAT MUSTAHIL AKAN TERCAPAI SAMPAI BILA-BILA........ percayalah...
Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah pada mesyuarat pertama penggal kedua Parlimen Ke-12, semalam
....Beta dukacita walaupun negara kita telah 51 tahun merdeka, namun isu-isu perkauman yang sempit masih dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu dan menjadi perdebatan umum.Beta ingin menegaskan bahawa kerajaan beta tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang cuba memecahbelahkan rakyat demi memastikan keharmonian kaum dan keamanan negara dikekalkan.Hak-hak setiap rakyat di negara ini yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan akan sentiasa dipelihara dan dihormati. Sehubungan ini, beta menyeru semua rakyat bersama-sama meningkatkan perpaduan demi kestabilan dan kemakmuran negara.Kepelbagaian kaum dan budaya yang dimiliki hendaklah digembleng menjadi kekuatan negara kita.Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan Islam sebagai agama Persekutuan di samping agama-agama lain bebas untuk diamalkan. Oleh itu, beta mengingatkan semua pihak supaya menghormati kedudukan tersebut dan tidak mempersoalkannya.Perlembagaan Persekutuan juga adalah undang-undang tubuh dan tertinggi di negara ini yang telah dipersetujui oleh semua pihak semasa negara mencapai kemerdekaan. Oleh itu, beta ingin mengingatkan supaya kesepakatan tersebut dihormati dan tidak ada sebarang percubaan untuk mewujudkan undang-undang lain yang bertentangan dengan keluhuran Perlembagaan Persekutuan.Generasi muda merupakan pelapis dan harapan masa depan negara. Justeru, sejarah kemerdekaan dan Perlembagaan Persekutuan perlu diperjelaskan kepada golongan ini supaya mereka lebih memahami asas-asas pembentukan negara.Di samping itu, prinsip-prinsip Rukun Negara hendaklah difahami dan dihayati oleh segenap lapisan rakyat.Beta juga memandang berat kecenderungan sesetengah pihak yang mudah mempercayai fitnah dan berita-berita palsu yang disebar oleh pihak-pihak tertentu termasuk melalui laman-laman blog sehingga menyebabkan berlaku kekeliruan di kalangan rakyat.Sesungguhnya, kita harus belajar daripada sejarah di mana kejatuhan sesebuah empayar dan tamadun adalah berpunca daripada fitnah, hasad dengki dan perpecahan di kalangan rakyat.Sehubungan ini, rakyat hendaklah berhati-hati dan bijak menilai maklumat yang tersebar.Pengamal-pengamal media termasuk penulis-penulis blog hendaklah lebih beretika dan bertanggungjawab serta tidak menyalahgunakan kebebasan yang diberikan demi mengekalkan keharmonian dalam masyarakat......

1 ulasan:

Tutorial dan Perbincangan