Rabu, 11 Februari 2009

KENAPA ADA MELAYU SAYANG SANGAT BANGSA MEREKA?

KULIAH SATU



Lebih 50 tahun… emm itulah satu jangka masa yang telah melekakan daya fikrah dan hati budi penghuni Malaysia yang merasakan mereka Melayu (Katanya Melayu tapi dalam tu campuran darah…ada Mamak, ada Arab, Ada Orang Asli, Ada Turki, ada Orang Putih, ada Siam, ada India ada Cina, ada Campur macam-macam darah). Secara saintifiknya baka.. keturunan, bani…bukan boleh diwartakan sesuka hati.. termasuk oleh PERLEMBAGAAN TERTINGGI NEGARA SEKALIPUN... ia adalah suatu hakikat kejadian Allah s.w.t yang tidak dapat diubah-ubah lagi. Genetik dan keturunan tidak akan dapat diubah selamanya… boleh disiasat dan dikesan melalui ujian DNA…

Persoalan di Malaysia kenapa ramai yang mengisytiharkan diri mereka sebagai Melayu?? Pelik tapi benar.. tapi bila diperhalusi dengan hati dan budi kemanusiaan maka taulah sebabnya.... Di Malaysia yang bernama Melayu ada “keistimewaan” yang boleh meneroka ruang dan peluang menjadi hartawan dan jutawan dengan menjadi penguasa yang memegang “kunci khazanah negara”. Adakah perjuangan mereka untuk Melayu...?? Fikirkanlah dengan hati yang tulus suci sebagai insan biasa yang hanya kaya dengan nilai-nilai kemanusiaan...

MELAYU... itulah senjata ampuh selama lebih 50 tahun digunakan untuk terus berpegang pada kuasa... “Ketuanan Melayu” adalah DOKTRIN HINA yang diguna pakai supaya dapat mengumpul pengaruh dan sokongan hebat MELAYU selama lebih 50 tahun... Frasa dan ungkapan HINA “KETUANAN MELAYU”, “HAK KEISTIMEWAAN MELAYU” (yang sebenarnya tidak semudah 1,2,3 untuk diubah dalam Perlembagaan) dan ditambah pula dengan elemen dan ungkapan seram lagi menyeramkan orang yang merasa diri mereka Melayu seperti “CINA NAK RAMPAS HAK MELAYU” “MELAYU MEREMPAT DI BUMI SENDIRI”, “SINGAPURA NAK RAMPAS HAK MELAYU” “JANGAN JADI MELAYU TERPINGGIR DI BUMI SENDIRI”... Semua serangan ini ditujukan kepada Parti DAP yang jadi mangsa dihitamkan segala sirna putih (Kesian DAP... mereka bukan pejuang bangsa Cina.. dalam DAP ada Bengali (Pengerusi) ada Melayu (Tengku) dan ada Cina... DOKTRIN “KETUANAN MELAYU” Telah meresap jauh meracuni nilai-nilai kemanusiaan Melayu... Melayu telah menjadi manusia yang angkuh dan bongkak... hasil benih-benih kebencian kepada bangsa lain sesama warga sah Malaysia.. Ia juga seperti telah mengisytiharkan perang dan api kebencian antara kaum di Malaysia... Keangkuhan, individualistik, kesombongan adalah hasil dari semaian benih-benih sayang “Melayu”. Aku rasa nak isytihar jer keluar dari gelaran Melayu rasa hina je... malu nak berdepan dengan bangsa lain.. yang setiap hari kita hidup bersama mereka... Aku boleh isytihar keluar dari Melayu tapi mustahil untuk aku tidak jadi Melayu... Melayu tetap Melayu... berkembang dan membiak selagi ada perkahwinan... selagi ada kelahiran selagi ada bulan dan bintang tetap ada Melayu... MUSTAHIL MELAYU HILANG DI DUNIA... di Indonesia sahaja ada lebih 200 juta yang boleh di kategori sebagai Melayu.... Jadi sekarang adalah satu kebodohan nyata untuk berjuang atas nama Melayu.... Berjuanglah untuk keimanan dan kemanusiaan (yang boleh lenyap dari bumi Malaysia jika tidak dijaga dan di pupuk) yang menjadi kesukaan dan idaman setiap insan... Bukan seperti golongan yang sayangkan Melayu (Darah Melayu tak akan berhenti mengalir dalam kehidupan ini... tak akan hilang selagi ada bulan dan matahari) tapi jadilah golongan yang sayangkan nilai-nilai kemanusiaan sejagat itulah kunci kesejahteraan dan keamanan di mana sahaja bumi ini dipijak. Aku dah rasa letih, benci dan meluat sangat-sangat dengan “KETUANAN MELAYU” doktrin sesat yang menyesatkan digunakan untuk mengumpul sokongan orang Melayu.. dengan melaga dan menyemai benih benci kepada bangsa lain... Terlalu HINA dan JIJIK perbuatan melaga dan mengapikan perkauman untuk terus berkuasa...


HASIL DOKTRIN KETUANAN MELAYU SELEPAS 50 TAHUN

Mampu kah “Ketuanan Melayu” menjadikan Melayu hebat dan kaya raya??? Yer ramai mereka yang kaya.. tetapi hanya ahli-ahli kumpulan yang menyokong “Ketuanan Melayu” termasuk saudagar Cina yang kaya raya jer.. Adakah mampu menjadikan Melayu hebat?? Ya menjadikan Melayu hebat... semakin hebat keangkuhan, keakuan, kesombongan dan lain-lain sikap jelik yang terhasil dari doktrin sesat “KETUANAN MELAYU” menjadikan manusia Melayu semakin terhakis sifat-sifat nilai kemanusiaan sejagat... Saya bukan berkata-kata kosong tapi berdasarkan suara-suara angkuh yang bertempik hebat di media-media.. Lihat lah sebelum pilihan raya Mac 2008 betapa angkuhnya suara-suara mereka yang dikatakan pejuang Melayu berkenaan... antara yang saya masih ingat lebih kurang..


Ayat-ayat keangkuhan...

“AKU AKAN PASTIKAN SIPOLAN HILANG WANG PERTARUHAN TENGOKLAH” ayat macam ni cukup menusuk hati menanam geram dan membenih benci... bagi yang tahu menilai erti kemanusiaan ayat ini tiada rasa rendah diri tapi hanya KEANGKUHAN mendabik dada


Bandingkan pula ayat-ayat ini yang menikam dan menyentuh kalbu kemanusiaan...

“Kita hanya orang kecil sahaja... mereka orang besar” itu lebih kurang (lupa yang tepat tapi kata-kata yang cukup indah susah dilupakan bagi yang tahu menilai erti kemanusiaan) yang dituturkan oleh Saudara Lim Guan Eng dalam sidang akhbar beberapa hari sebelum pilihan raya Mac 2008

“Ingatlah...jangan lalai dan lupakan amanah... bersyukurlah pada Allah s.w.t kita telah berjaya menawan hati rakyat... Ia ibarat burung yang telah berjaya kita pikat... terlalu lama kita telah meredah onak duri di hutan belukar..” Ini yang lebih kurang saya ingat... memang maknanya saya tak lupa dan tersimpan dalam hati tanpa merujuk bahan asal. Inilah kata-kata yang cukup syahdu dan mendayu menggamit rasa kemanusiaan oleh Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat selepas berjaya meraih kejayaan luar biasa.

Lihat pula bagaimana Negeri Kelantan sebelum pilihan raya Mac 2008 yang lalu... Dengan rasa kemanusiaan sejagat sesiapa yang melihat pasti kasihan dan bersedih sebuah kerajaan yang dipimpin insan tua yang ikhlas... yang hanya tinggal di teratak buruk diserang bertubi-tubi siang dan malam... di lapangan dan di media massa... Oleh golongan haloba dan tamak untuk merampas kekuasaan... Rasa ramai orang Kelantan tau macam mana perasaan mereka masa tu... Geram, marah dan benci yang membuak-buak pada perlakuan yang di luar sikap kemanusiaan.. Keangkuhan, kerakusan dan kesombongan telah bermaharajalela di kalangan mereka yang kononnya sayangkan “Ketuanan Melayu”. Semua keadaan ini akan dinilai oleh manusia-manusia yang tahu erti manusia dan kemanusiaan memilih mana watak hitam dan mana watak putih... walau jalan cerita adalah berbelit-belit dan bersimpul-simpul... Benih-benih benci dan keangkuhan telah meresap jauh dalam sanubari Melayu yang disemai puluhan tahun lamanya itulah menyebabkan budaya berkenaan diamalkan tanpa rasa malu oleh sekumpulan manusia yang merasa mereka Melayu.

Lihat pula bagaimana semasa Tun Dr. Mahathir tiada kuasa... lihatlah betapa rakus dan hinanya mereka memerangi bekas ketua yang sebelumnya mereka agung-agungkan. Apakah sikap begini satu sikap suci sebagai seorang manusia?? Lupa daratan, lupa asal usul dan lupa adab dan kesopanan sebagai manusia hanya kerana mereka telah mendapat ketua baru yang boleh menentukan masa depan karier mereka? Fikirlah dengan hati kemanusiaan wahai Melayu yang budiman.


PENYEBAR “KETUANAN MELAYU”

Doktrin “Ketuanan Melayu” disebarkan dengan halus dan penuh seni.... satu lakonan dan penipuan yang sangat-sangat licik sehingga ramai tertipu dan terperdaya. Misal aksi menjulang keris, cerpen dan sajak, seperti “kisah YB tu”, ruangan pojok seperti pada bahagian tengah akhbar atau besar-besar di muka depan atau pada ruangan kartun Senyum Kambing dalam lidah rasmi akhbar mereka... Bahasa.. dan kiasan sangat halus yang jauh menusuk hati kecil orang yang merasa Melayu yang akan merasa geram dan takut juga kepada bangsa lain.... Doktrin ini disebarkan sejak lebih 50 tahun yang telah lalu sehingga kini yang telah memerangkap Melayu dalam dunia sempit, terkongkong, ketakutan dan kemarahan kepada bangsa lain. Sehingga gagal melihat perubahan global... tentang globalisasi dan persaingan sejagat... Mereka masih lagi jadi kumpulan yang takut kehilangan “Ketuanan Mereka” dalam negara mereka sendiri.. Kesian sangat kepada Melayu yang macam di pasung oleh rasa ketakutan dan kebimbangan sepanjang masa kepada lain-lain bangsa...

KESAN KETUANAN MELAYU KEPADA MELAYU

Ketuanan Melayu menghasilkan Melayu angkuh riak dan suka menunjuk-nunjuk dalam kehidupan yang meninggi diri. Sikap beginilah yang menjadikan Melayu lemah dan bodoh. Saya bukan bercakap kosong tapi bila lihat kenapa ramai anak Melayu suka merempit di celah-celah kesibukan kota di hujung minggu??? Tidakkan itu satu bukti gejala menunjuk keangkuhan dan keakuan dalam bermotosikal?? Yang dalam hati mungkin mereka berkata-kata “lihatlah dunia.. akulah penunggang paling hebat.. paling laju... paling berbahaya sekali” saya tidak tau sebab tidak mengkaji dengan mendalam... Lihat pula bagi yang mampu berkereta pula??? Berapa ramai yang sanggup mengikat perut dan berhutang keliling pinggang semata-mata nak berkereta baru dan bergaya.. khasnya nak guna di musim raya... dalam hati mereka mungkin berkata “lihatlah penduduk kampung... kereta mewah baru ku ini... indah dan mahal ramai Melayu lain tak mampu menjadi seperti aku” saya pun tak tau apa bisikan hati mereka bila bersikap “Biar papa asal bergaya” berkenaan. Siapa yang mengajar semua ini?? Sudah pastilah pemimpin mereka yang berada dalam keterujaan, kelekaan dan kelenaan diulit kuasa dan kemewahan... (Bukan semua pemimpin kumpulan Melayu adalah Melayu..)


Sikap bangga diri, riak dan angkuh memang disemai dan diasuh dalam minda Melayu dengan slogan “Malaysia Boleh” yang diterjemahkan dengan binaan-binaan hebat, mewah megah , aktiviti-aktiviti pelik dan sebagainya... Mungkin ia bertujuan untuk meningkatkan rasa harga diri dan mengurangkan rasa rendah diri namun ia juga jadi racun yang mencemar sifat-sifat kemanusiaan... Mungkin yang membina dan melaksana dalam hati suaranya begini “Lihatlah masyarakat dunia... hebatnya kerajaan Melayu... dengan bangunan dan binaan hebat” namun rakyat miskin hanya memandang hasil-hasil cukai berkenaan ke angkasa dan ke mana-mana tanpa hasil penting kepada kemanusiaan. Sikap ingin nampak bergaya inilah yang diguna pakai dan diikuti ramai orang Melayu dengan moto “biar papa asal bergaya”... Ramai yang gaji seciput berkereta import... mengikat perut tanpa masa depan.. hilang segala simpanan pelaburan ditelan hutang. Saya tiada maklumat lengkap tapi saya mengagak dengan melihat cara dan gaya hidup kebanyakan Orang Melayu.


KESAN KETUANAN MELAYU KEPADA CINA

Masyarakat Cina bawahan yang hidup di Malaysia akan rasa terhenyak, tersisih, terpinggir akibat “Ketuanan Melayu”. Jauh di dalam hati mereka merasa seperti menumpang apa lagi bila ungkapan “Penumpang” bergema megah masa kempen pilihan raya atau masa melihat lakonan aksi menjulang keris dan bertikam lidah menjulang “Ketuanan Melayu” semasa persidangan dan menghentam bangsa lain dan lebih pelik boleh pula duduk bersama dengan golongan yang memperjuangkan “Ketuanan Cina” dan “Ketuanan India” dan setiap kumpulan ada cap kumpulan dengan nama bangsa masing-masing. Kumpulan yang merasa mereka terpinggir dan terisih akan menjadi semakin kuat, cekal, rajin dan lebih tabah dalam kehidupan... Berusaha dan bersungguh adalah hasil yang mereka dapat bila diri rasa tertekan... Sebab tu orang Cina lebih ramai kaya raya.. lebih pandai berjimat cermat dan lebih pandai mengguna duit membina kekayaan.. Sikap “biar papa asal bergaya” dibuang jauh dalam diri bangsa yang sedar diri.. dengan kesedaran yang sangat tinggi dan hebat.. Hasilnya tinggal jauhlah sekumpulan orang Melayu yang masih berangan dan merasa mereka “tuan tanah”. Ini saya bukan cakap kosong, lihatlah berapa jam nilai saham ASN boleh habis bila dibuka untuk jualan?? Dan tanya pula berapa ramai Melayu yang dah penuhkan saham ASB mereka? Yang nilai dan kuota ada sekatan dan keistimewaan?? Tanyalah jauh-jauh dalam diri kenapa Melayu macam tu? Tak ikut seperti Orang Cina? Ini ada kaitan dengan “ satu kumpulan leka dan lalai rasa ada “Ketuanan” dan satu kumpulan lagi rasa tersepit dan terhimpit dan perlu bangun dan bersungguh melakukan sesuatu.

Nota: Artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pencerahan akal sahaja... ia tiada langsung berniat untuk berkempen dalam politik ia sekadar menyebarkan buah fikiran untuk kemajuan individu manusia, masyarakat, negara dan dunia keseluruhannya. Sebarang sedutan sila linkkan kepada alamat blog ini. Ia sekadar memberi panduan untuk memilih yang mana betul dan yang mana salah.

Dengan ungkapan... parti politik pemerintah dan pembangkang adalah betul dan perlu ada dalam sebuah negara demokrasi kecuali manusia-manusia yang mengendalikannya yang telah melupakan sikap kemanusiaan perlu dididik dan diperbetulkan. Sekian terima kasih

12 ulasan:

  1. Ulasan dan pandangan yang baik sekali.
    setiap zaman ada latarnya, cetusannya kadangkala dalam bentuk seni muzik. sudi2kan diri ke www.reverbnation.com/ariapertama atau singgah sebentar mencuci minda di www.ariapertama.blogspot.com

    selamat mendengar dan selamat berapprisiasi.
    salam perkenalan.

    BalasPadam
  2. panjang bona maleh nak baco.

    BalasPadam
  3. slogan "malaysia boleh" dulu dilaungkan bagi membangkitkan semangat rakyat negara ini yang pada zaman itu yang tidak mahu atau takut mencuba sesuatu yang baru.
    orang melayu pada era 70-an dan 80an hanya melihat bangsa lain lebih hebat. barang negara lain lebih bagus dan melihat melayu takkan maju. atas inisiatif Tun, dia mengubah pandangan masyarakat dan untuk membuktikannya wujudlah kereta nasional negara, jambatan pulau pinang, KLIA dan menara Petronas.

    tapi saya sedar niat yang suci seringkali disalahertikan oleh hati-hati yang busuk dan penuh hasad dengki. ciri-ciri melayu dalam abdullah munsyi rupanya masih lagi ade dalam jiwa saudara.

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum...

    Saudari Azizah,,,yang dihormati dan dikasihi.. apa sekalipun saya tidak mewakili mana-mana pihak cuma saya berfikir sebagai manusia yang waras.. memilih mana yang hitam dan mana yang putih.. Rasanya semua manusia yang berakal dan berperikemanusiaan akan memahami apa saya cuba sampaikan.. mengenai slogan "Malaysia Boleh" yes saya turut merasa bangsa dengan kejayaan yang dicapai.. sebab saya melihat sesuatu atas nama kemanusiaan.. Mana yang patut didahulukan dan mana yang patut dikemudiankan itu sahaja... Sebab ia boleh menjadi beban politik kepada parti yang memerintah... Sebab itu isu pembaziran selalu di mainkan.. Saya cuma kesian puluhan ribu anak-anak Melayu yang keluar universiti menangung puluhan ribu hutang.. Sedang pelaburan ke arah pendidikan itu lebih mesra rakyat... Kalau membina sesuatu yang hebat nilai berbillion pula tak merasa le mereka sedikit nikmat sebagai warga Malaysia.. Entahlah.. Kekadang memerangi kemiskinan itu lebih penting dari membeli peralatan perang yang canggih-canggih... Entahlah saya bukan ahli politik jujurnya saya ahli UMNO yang di UMNO kan bapa saya.. emm ibu dan bapa saya memang jenis yang takur sangat ketuanan dia hilang tu aja... satu cara nak menjelaskan sesuatu yang sepatutnya orang macam mereka tahu.. Apa sekali pun terima kasih dengan pendangan ikhlas.. dan saya faham sebagai ahli kepada satu kumpulan sudah pasti semua pandangan yang tidak serasi dengan perjuangan pihak saudari membuat hati tak selesa dan mengundang marah juga,, Saya hanyalah memberi pendangan sebagai pengundi (BUKAN AHLI POLITIK) rakyat biasa Malaysia.. saya cuma nak mendidik pengundi supaya menolak agenda perkauman yang sempit itu sahaja...

    p/s: saya tidak diupah oleh sesiapa dan tiada agenda apa-apa sebab saya tak berminat mengumpul kekayaan dengan berpolitik

    Sekian wassalam.. segalanya saya dahulukan dengan kemaafan...

    BalasPadam
  5. salam,

    bagus sekali artikel nya. terus kan perjuangan atas tiket 'islam'.


    jazakallahul'haair

    BalasPadam
  6. Salam...

    Artikel ada isi dan point yang mahu disampaikan. saya faham dan nampak jelas benar. Sama fikiran. Dari dulu dah fikir. Dan sering rasa tergugat dengan bangsa lain sebab mereka sedang berusaha maju. Ada juga sedikit rasa takut, bahawa Melayu akan ketinggalan dan mungkin suatu hari akan diambil alih ketuanan oleh bangsa lain. Tak mustahilkan? Artikel ini, Melayu Mudah Lupa. =) kalau diedit dengan lebih baik dan kemas, mungkin boleh pergi jauh. Keep it up the good work, ya! Jangan pernah malu menjadi orang Melayu. It's not that bad. Cukup seorang Melayu yang sedar, mampu merubah 100 pemikiran Melayu lainnya. InsyaAllah...

    BalasPadam
  7. Walaikumussalam..

    Balqis... yang dikasihi... Saya bukan bukan malu menjadi Melayu.. tapi malu kerana nama Melayu digunakan untuk meraih sokongan.. Itu ok lagi tapi sekarang saya tengok dah jadi macam satu aktiviti ganas "Pelampau Bangsa" untuk apa? Kalau pelampau agama kita boleh ler pertimbangakan kerana ia tentang akidah dan kehidupan di dunia akhirat yang kekal abadi.. Dunia yang aman, bahagia dan sentosa tidak datang dengan sikap "Pelampau Bangsa" berkenaan.. Terlalu banyak dalil-dalil yang menunjukkan "perjuangan untuk Melayu" yang dilaung-laungkan berkenaan adalah untuk meraih undi Melayu... yang merupakan pasaran terbesar dalam pilihanraya... Contoh nyata... penghapusan Bahasa Melayu dalam pengajaran sains dan matematik sedangkan Bahasa Melayu adalah pengenalan utama Bangsa Melayu.. Semua perkara baik yang dilakukan diletak nama Melayu.. Misalnya Biasiswa.. Sepatutnya ia untuk orang-orang miskin.. Jadi yang sepatutnya mendapat biasiswa adalah orang miskin yang layak dan bukan Orang Melayu dan kebetulan yang ramai miskin itu adalah Orang Melayu. Orang politik kena ikhlas dengan semua ini.. jangan gunakan nama Melayu untuk mendapat sokongan.. Manusia tidak akan bersatu kerana Bangsa tetapi manusia akan bersatu kerana sifat-sifat perikemanusiaan yang menolak sifat-sifat yang menentang perikemanusiaan.. Inilah yang berlaku dalam pilihanraya Mac 2008... Semua bersatu hati menolak sesuatu yg menentang perikemanusiaan. Kita sebagai manusia adalah khalifah di muka bumi ini.. semua mahkluk bernyawa ada haknya sedang monyet, ungka, kera dan lotong ada tempatnya... ada taman negaranya.. ada hutan simpannya.. Jadi adakah berperikemanusiaan manusia seperti kita dinafikan hak mereka semata kerana tidak sebangsa dengan kita? Sedang semua bangsa boleh ditarbiyah menjadi insan berguna.. dan boleh juga menjadi seorang yang beriman jika kena cara dan kaedahnya. Jangan kita ikut apa yang berlaku di Irael dan Serbia kerana kepala-kepala negara berkenaan mengamalkan semangat "Pelampau Bangsa" sehingga menindas.

    Sekian wassalam..

    BalasPadam
  8. masih ada menlayu yg bodoh..sedarlah negera untuk Melayu hanya satu kawasan shj. sekali terlepas kpd orang asing yg berkuasa global, mampuslah melayu mcm melayu Singapura.

    pakai otak sikit

    BalasPadam
  9. takdak tempat lain lagi bagi Melayu. Dahlah miskin, bermurah hati pulak menggadai yg sedikit itu.

    apa sebab DAP mengangugkan komunis? mengapa komunis bunuh orang selepas merdeka? Fikirlah kalau anda memang orang melayu. Kalau memakai topeng tu..lantak pi lah.

    BalasPadam
  10. Salam.. Keimanan dan kemanusiaan duhai Bingai..

    Ok... saya tak tahu setakat mana pelajaran anda dan juga samada anda dari kumpulan mana tapi dari nada sombong dan angkuh dapat dirasai bagaimana anda. (kalau anda ketua cawangan atau bahagian mana-mana kawasan harap ubah perangai... baru pengundi suka). Harap sedikit masa akan datang mata dan akal saudara dapat dicelikkan. Satu kawasan sahaja??? untuk Melayu?? Saya anggap dunia keseluruhan ini hak manusia.. Melayu boleh ke mana-mana sahaja di dunia ini... tiada siapa menyekat dan menghalang... Cuma di Malaysia sekarang dapat dirasai ada kumpulan mengguna nama Melayu untuk berkuasa?? Saya tak sayang langsung kepada bangsa saya yang penting keimanan dan kemanusiaan saya kekal selamanya... Siapa kata Melayu Singapura meninggal dunia (mampus tu kasar) SIngapura jauh lebih maju dan berjaya,, walau hanya negara pulau yang kecil,, kenapa??? Sebab pemimpin mereka ada intergriti dan bermaruah serta tak makan rasuah... Patut pemimpin Malaysia merasa malu dengan Singapura.. Lihatlah betapa hebatnya Singapura mampu membuat pelaburan demi masa depan negara mereka... Kenapa jauh benar yer Malaysia ketinggalan sedang segala sumber bukan tiada??? Malaysia tak berkembang pada potensi sebenar kerana pemimpin yang kurang pandai... tak berintergriti.. kaki rasuah (ni bukan cerita dongen lagi,,, tapi kenyataan sebab akhbar arus perdana sendiri yang laporkan).
    Jadi kesimpulannya... antara DAP yang lebih berinteregriti dan parti yang rasuah walaupun Orang Melayu saya pilih yang lebih berintegriti dan bertangungjawab.

    P/S: saya ajak saudara dan teman-teman saudara masuk DAP ramai-ramai.. ikut jejak Tengku.. DAP bukan parti Cina agenda dia bukan macam MCA.. Masuklah beramai-ramai dalam DAP dan bila berkuasa pindalah Pelembagaan Parti DAP mana tau kot boleh jadikan wadah membangunkan "Ketuanan Melayu"

    Sekian wassalam... segalanya saya dahulukan dengan kemaafan

    BalasPadam
  11. Asslamualaikum...

    Jika tidak mahu lagi Melayu ketinggalan dan terus diperbodohkan sila tinggalkan parti yang telah lebih 50 tahun berkuasa tapi belum nampak apa-apa pun pada kemajuan Melayu... Kata nak jaga Melayu tapi tanah reserve Melayu senang-senang digadai.. semakin lama makin mengecil Siapa gadai?? dan parti siapa berkuasa sekarang di Malaysia?? Kenapa Wilayah Iskandar hartanahnya senang-senang boleh dijual kepada orang SINGAPURA?? Siapa jual? siap yang menganiaya Melayu?? siapa?? PAS?? DAP?? KEADILAN?? Semua tu kerja parti yang sedang berkuasa peringkat persekutuan sekarang.. parti apa??? tanyalah diri sendiri...

    Sekian wassalam

    BalasPadam

Tutorial dan Perbincangan