Sabtu, 7 Mac 2009

AKU KESIAN BAHASA MELAYU BANGSA MELAYU

Assalamualaikum.. salam keimanan dan kemanusiaan buat para pencinta kedamaian..

Hari ini dapat aku bersantai dan melepas keletihan memikirkan tugas sebagai seorang pelajar... Di sini segala luahan perasaan pada penulisan yang santai merupakan terapi yang menyenangkan jiwa Aku... sangat selesa meluahkan perasaan... cinta dah kasih pada kedamaian dalam kehidupan yang pelbagai ini....Jiwa memberontak ingin menyatakan sesuatu buat sesiapa yang terbaca...

Lama aku rasa terganggu... termangu... tersendu... diterjah amuk kesedihan yang mendalam...... yang merobek perasan dan jiwa Aku pada hakikat yang sedang berlaku.... bila teringat dan memikirkan tentang proses pemuliharaan dan pemeliharaan puluhan tahun terhadap "Bahasa Melayu"..... yang berakhir bila salah satu cabang penggunaan dalam ilmu sains dan matematik diharamkan oleh golongan yang membawa CELAKA kepada identiti BANGSA MELAYU... Aku berjuang pada perkara yang sepatutnya mereka yang mengaku “PEJUANG Melayu” lakukan... Hari ini ingin Aku sampaikan untuk difikirkan oleh sesiapa yang membaca kekecewaan Aku...

LIMA DALIL UTAMA mengapa PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris) Wajib di hapuskan:-

1) Mengekalkan kepelbagaian manusia yang menghuni bumi. Ini perkara pertama kenapa PPSMI wajib dihapuskan... PPSMI adalah langkah pertama dibawa golongan yang membawa CELAKA kepada BANGSA Melayu untuk melemahkan dan seterusnya melenyapkan BAHASA Melayu dari muka bumi ini... PPSMI ibarat penghapus salah satu keanekaan manusia di bumi ini.. Kesedihan sepatutnya bukan sahaja ditangisi manusia yang mengaku Melayu tetapi seluruh manusia lain... Kalau manusia sedih dengan pupusnya pelbagai spesies hidupan seperti burung dodo yang nama saintifiknya Raphus cucullatus (sila perhatikan nama saintifik spesies ini adalah bahasa latin BUKAN Bahasa Inggeris) di kepulauan Mauritius maka sepatutnya seluruh umat manusia bersedih dengan kehancuran Bahasa Melayu yang dituturkan dan boleh difahami ratusan juta manusia di rantau Asia Tenggara. Semua binatang di bumi ini berjuang untuk hidup dan tiada yang memupuskan diri sendiri tapi Melayu di Malaysia ada yang sedang memupuskan identiti mereka sendiri... Tak taulah siapa yang lebih berakal antara dua makhluk berkenaan.

2) PPSIM adalah enjin pertumbuhan yang membantu meningkatkan penghinaan kepada Bahasa Melayu. Selepas ini semakin ramai yang selesa menggunakan pelbagai istilah Inggeris dan semakin angkuh menunjuk-nunjuk kononnya berilmu dan pandai “cakap Omputih” Akan semakin ramai yang tak sedar diri dan merasa bangga dapat menyelit sepatah dua istilah Inggeris dalam perbualan. Semakin ramai manusia Melayu yang dulunya bercakap Melayu jadi malu dan segan nak cakap Melayu dengan orang lain... Apa lagi kalau orang lain itu menunjuk pandai berbahasa Inggeris dengan mereka... Budaya ini semakin menjadi sekarang... dan semakin pesat di masa akan datang kalau jadi (harap sangat tak jadi) PPSMI diteruskan. Sedikit demi sedikit lama-lama tiada lagi orang yang bercakap Melayu... sebab malu... dengan orang lain. Ramai dah aku jumpa Melayu berlagak dan angkuh dengan Aku nak “speaking” (saja aku guna istilah Inggeris ni sebab itulah tanda dagang “kecerdikan” bagi Melayu tak sedar diri.. sesama Melayu pun tidak mahu guna Bahasa Melayu)

3) PPSMI dasar buas yang membunuh identiti bangsa (Melayu). Sesiapa yang kononnya pejuang Melayu dan pejuang Ketuanan Melayu.. sila CELIK dan buka mata luas-luas dan bersihkan fikiran karat dan betulkan songsang akal menyokong membuta tuli. Apa lagi yang nak diperjuangkan kalau bukan salah satu identiti paling penting Melayu ini yang sedang dipijak-pijak secara hina oleh perjuangan anda sendiri? Apa sebenarnya yang anda semua perjuangkan?? Melayu ke?? Atau berjuang untuk pangkat dan harta dengan menipu Melayu secara terancang?? Pengenalan utama bangsa adalah bahasa... tiada bahasa maka tiadalah sesiapa kenal sesuatu bangsa itu berbeza dengan bangsa lain..

4) PPSMI bukan jaminan menjadikan manusia hebat dan cemerlang dalam sains dan matematik. Eksport utama Filipina.. negara yang penduduknya hebat penguasaan bahasa Inggeris adalah pembantu rumah dan jururawat terlatih. Selain dari itu bersepah negara mundur yang hebat penggunaan Bahasa Inggeris di Afrika dan Amerika Latin yang tidak sampai ke mana-mana pun kehebatan rakyatnya. Sebaliknya bersepah juga negara-negara barat di Eropah (Sepanyol, Jerman, Itali, Belanda, Portugis dan banyak lagi) yang tidak menggunakan dan mengagungkan penggunaan bahasa Inggeris yang lebih cemerlang dalam sains dan teknologi (kapal selam kita beli dari Perancis… sampai kita guna penterjemah nak bincang beli kapal selam dengan mereka) Perancis hebat juga dengan 65 juta penduduk boleh mereka maju dengan bahasa mereka. Sepatutnya Bahasa Melayu difahami beratus juga manusia di Asia Tenggara mesti lagi hebat kalau kerajaan memerintah secekap kerajaan Perancis dalam mengerakkan rakyat mereka kenal budaya bangsa sendiri. Rusia iaitu negara yang kita menumpangkan “pelancong” angkasa kita, juga tidak guna Bahasa Inggeris.. semua teknologi angkasa mereka guna Bahasa Rusia, malah Rusia lebih ke hadapan dalam teknologi angkasa berbanding USA (sila lihat data pelancaran roket lebih banyak Rusia dan kegagalan pelancaran pula lebih banyak Amerika Syarikat) SIAPA KATA BAHASA INGGERIS JAMINAN UNTUK MAJU…??? Mungkin “benar” pada para kontraktor dan pembekal yang mendapat kontrak dari kerajaan.. kerana akan memajukan perniagaan mereka... SIAPA TU?


5) PPSMI sedang meragut semangat ramai pelajar dan guru yang sejak azali penutur Bahasa Melayu yang tegar. Seorang cikgu perasaan mereka aku tau sebab ada cikgu aku kenal yang tak pandai berbahasa Inggeris tetapi terpaksa mengajar menggunakan bahasa yang mereka sendiri tak faham.. sangat tertekan,,, Bagaimana murid-murid??? Entahlah Cuma boleh aku cakap kesian… semua mereka di sekolah “hulu”… dah lah bahasa tak faham… apa yang diajar jangan cakaplah… Dua-dua hangus… Ilmu matematik dan sains tak faham… Bahasa Inggeris pun tak faham (cikgu pun geleng kepala sebab dia sendiri pun tak faham nak mengajar dalam bahasa yang dia tak faham atau kurang faham).


Kalau ada sesiapa terbaca saya mengharapkan kalau-kalau ada DALIH-DALIH untuk meneruskan PPSMI

P/S: "I’d like to make my heart speech in Malay because I sound stupid when I speak English"… Di Asia Tenggara ini lebih ramai orang faham Bahasa Malaysia berbanding bahasa lain dan ia ditujukan untuk pencerahan akal manusia di Malaysia jadi nampak agak tolol jika aku menulis dalam Bahasa Inggeris

7 ulasan:

  1. Tidak dapat dinafikan pelaksanaan PPSMI boleh mempercepatkan kepupusan Bahasa Melayu.
    Akhirnya Bahasa Melayu sama saja macam Bahasa Jawa, Bahasa Banjar dan Bahasa Bugis, masa balik kampung baru kita guna.
    Tapi nampaknya orang Jawa tak kisah pun Metametik dan Sains tidak diajar dalam bahasa Jawa.

    BalasPadam
  2. Salam...
    Saudara Alias,
    Memang betul apa yang di nyatakan. Bahasa Inggeris penting dan perlu dipelajari dengan kaedah betul melalui Kesusateraaan Inggeris... Malah dengan perkembangan globalisasi ini tidak perlu sesiapa bimbang dengan kemahiran Bahasa Inggeris kerana tanpa undang-undang dan peraturan secara tak langsung kita sedang membudayakan Bahasa Inggeris. Adalah malang sekali jika kita mengalah kepada bahasa asing ini dengan meninggalkan penggunaan salah satu bahasa (Melayu)dalam bidang ilmu... kerana kerugian bukan hanya Bangsa Melayu tetapi peradaban dunia juga kerana anak semua bangsa saling pinjam meminjam bahasa antara satu sama lain untuk kemajuan umat manusia keseluruhannya.. Kita perlu raikan dan rayakan keanikaan anak semua bangsa di dunia ini... kenali dah fahami bahasa semua bangsa kalau boleh tetapi janganlah apa yang kita pelihara dan jaga selama ini kita tinggalkan dan dikemudian hari MENYESAL kerana tidak dapat lagi kembali ke asal usul pengenalan BANGSA.

    BalasPadam
  3. NIAT PAKATAN MAHU LIHAT MELAYU BODOH
    Memang inilah kerja parti pembangkang...tak habis habis mahu bangsa sendiri menjadi bangsa yang dungu...bodoh la yang senang.Sampai hal hal pendidikan untuk anak anak pun di tentang dan diserang habis2an.

    Apakah mereka tidak mahu melihat anak anak bangsa berjaya dalam menghadapi zaman yang semakin mencabar ini.Kenapa sekarang harus kita mempersoalkan PPSMI yang sudah menampakan sedikit kejayaan pada anak anak kita.

    ppsmi march 070309 tear gas.jpg
    Bagi pakatan rakyat apakah tiada satu jalan penyelesaian dapat dicari dari melibatkan anak anak dari mengadakan demontrasi yang tidak secara langsung akan mengheret mereka kekancah pemberontakan.

    Sepatut nya perlu kita tangani akan masaalah disiplin para pelajar yang mana gejala membuli dan memukul semakin menjadi jadi masa diperingkat sekolah.Mungkin inilah hasilnya dari tindakan pakatan rakyat yang sering mengadakan demontrasi bagi mencari jalan penyelesaian dari duduk semeja.

    anti ppsmi rally 070209 rally banner
    Kenapa hanya pelajar anak anak bangsa kita yang selalu menyertai demonstrasi jalanan ini.Bagi saya ini lah kepentingan politik bagi pakatan untuk menjatuhkan kerajaan.Janganlah kerana ingin menunjukan tindakan yang diambil itu betul kita tunjukan pada anak anak tentang kelemahan diri dan lemah semangat dari kita.

    Seharusnya kita sebagai pemimpin pada anak anak ini perlu kita memberikan semangat bagi mereka untuk menempuh hari hari yang semakin mencabar dan bergelora bagi hadapi tempoh menuju negara 2020 nanti.

    Apakah akan hilang indentiti bangsa melayu hanya dengan mempelajari matematik dan sains dalam bahasa inggeris .Tidak mungkin kita akan menjadi satu bangsa yang lemah hanya dengan perlaksanaan PPSMI.

    anti ppsmi rally 070209 pak samad chokes
    Kepada Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan pengerusinya Datuk Dr Hassan Ahmad jangan kerana ingin berpolitik ingin kita lihat anak anak bangsa yang akan menerajui negara ini nanti adalah terdiri dari anak anak yang lemah jati diri dan tidak tahu untuk menghargai ilmu.







    Memansuhkan PPSMI bermakna kita mahu bangsa melayu terus ketinggalan dari mendapat tempat dalam persaingan dunia yang semakin mencabar.PPSMI tidak akan menghapuskan bangsa melayu itu dan sama sekali juga tidak menghapuskan bangsa bangsa lain dimalaysia ini.

    Kenapa puak puak PAS yang mahu PPSMI ini dihapuskan.Tidak mahu anak melayu menguasai ilmu kerana PAS takut akan hilang pengaruh ,biar pemimpin mereka sahaja yang berilmu.

    Tidak pula kelihatan orang orang DAP dan PKR menentang kerana mereka tahu bahasa inggeris adalah penting pada mereka.

    Apakah untuk menjadi seorang doktor kita tidak perlu bahasa inggeris,begitu juga untuk menjadi seorang peguam,jurutera dan berbagai lagi keperluan kerja yang memerlukan kan kita mahir dalam pengguasaan bahasa.

    Dalam zaman dunia yang penuh cabaran ini janganlah kita yang ibarat rumah kata pergi kubur kata mari ini kita sekat akan kebolehan dan keupayaan anak anak melayu dari terus menimba ilmu yang akan membawa mereka kearus kemajuan yang akan bakal akan mereka tempuhi.

    PPSMI perlu diteruskan bagi memberikan anak anak kita peluang untuk mereka memperolehi masa depan yang baik untuk terus mereka bersaing didalam dunia yang tiada sempadan ini.Yang penting bukan cara demontrasi untuk kita cari jalan penyelesaian kerana ianya hanya mendedahkan anak anak kita pada satu perkara yang akan melemahkan diri dan bangsa itu sendiri.

    Yang penting adalah perlu kita teliti bersama bagi meningkatkan lagi tahap kemampuan anak anak kita supaya ianya akan memberi manfaat pada seluruh warga malaysia itu sendiri dan jenerasi jenerasi yang mendatang yang merupakan pewaris pada negara yang berdaulat dan merdeka.

    Akhir sekali mari lah kita renungkan dengan hati dan fikiran yang tenang apakah PPSMI ini untuk diri kita atau untuk jenerasi yang akan mewarisi ketamadunan yang kita sama sama bangunkan. LU PIKIR LA SENDIRI.

    BalasPadam
  4. ....melayu sendiri banyak yang tidak sedar apa itu melayu

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum... salam buat para pencinta kedamaian...

    Saudara Kamal yang saya hormati,
    Bukan masalah tidak ingin melihat bangsa berjaya tetapi masalah memupuskan identiti bangsa... UNESCO pun tak suruh manusia belajar dalam Bahasa Inggeris sahaja.. Dunia perlu kepelbagaian dan perkongsian kepelbagaian ini dalam memajukan umat manusia dan HANYA BANGSA PEMALAS SAHAJA MENCEDOK BAHASA ASING UNTUK MENIMBA ILMU... KENAPA TAK REKA DAN CIPTA ISTILAH SENDIRI BUKTI ADA TAMADUN BANGSA SENDIRI?? Hanya pemimpin berpandangan sempit dan jumud serta takut sahaja yang mengalah pada arus globalisasi ilmu sekarang... Tiada haiwan dalam dunia ini memupuskan diri sendiri dalam persaingan sejagat... peliknya ada Melayu di Malaysia teringin sangat memupuskan dan menghapuskan identiti bangsa mereka... Kalau bahasa sama dengan orang USA, UK, AUSTRALIA tiadalah apa-apa nak bangga lagi jadi orang Melayu... Kalau pelbagai kehebatan teknologi dalam Malaysia mampu diadakan dengan meminjam teknologi asing macam PROTON dan BINAAN KLCC kenapa kita tak rasa lebih bangga jika semua teknologi itu ada nama dan istilah dalam Bahasa Melayu... BANGSA YANG HEBAT ADALAH BANGSA YANG KREATIF DAN RAJIN BANGUNKAN ILMU DALAM BAHASA SENDIRI BUKAN CEDOK BULAT-BULAT...

    Sekalipun PPSMI itu berjaya Aku tetap tentang sebab ia akan melambangkan kemalasan Bangsa dalam membangunkan tamadun bangsa dengan Bahasa Melayu...

    Isu PPSMI bukan masalah belajar Bahasa Inggeris.. tapi isu dan masalah utama PPSMI ialah memupuskan Bahasa Melayu dalam sains dan matematik.. Bermakna Bahasa Melayu akan pupus dalam pertuturan bidang itu... PENENTANG PPSMI ini bukan pembangkang tetapi pakar... Aku dengar kata pakar dan setuju dengan pakar dan tidak sesekali aku percaya cakap orang politik... Mungkin Tun Dr. Mahathir merasa tersilap dengan dasar PPSMI kerana beliau juga yang beria-ria nak bangunan Malaysia mengikut acuan sendiri... apa acuan itu kalau bukan bahasa dan budaya sendiri??? Tidak ada yang lebih dibanggakan oleh sesuatu bangsa melainkan teknologi dan ilmu di dunia dapat diserap dalam budaya dan bahasa sendiri.. percayalah walaupun susah tetapi itulah kebanggaan hakiki.. mengatasi bangga dengan teknologi Jepun semasa bangunkan Proton atau teknologi seni bina Itali semasa bina KLCC sebab semua itu boleh dibangunkan dengan Wang Ringgit... Hanya budaya bangsa yang membina sesuatu tamadun yang sepatutnya dibanggakan... iaitu BAHASA.

    Perjuangan BAHASA perlu turun ke jalan dan minta bantuan Pembangkang kerana itulah cara yang sepatutnya selepas enam tahun gagal dengan cara lain... HANYA ITU YANG AKAN MEMBUKA MATA ORANG YANG DEGIL...

    Salam kemaafan... buat para pencinta silaturahim moga-moga tetap lah kaki di Sirotal Mustaqim itu walau jiwa meronta berdepan dengan seribu kepayahan...

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum...

    Bahasa Inggeris adalah sangat penting dan sangat perlu di pelajari dan fahami tetapi bukan dengan PPSMI. KELEMAHAN BAHASA INGGERIS ADALAH DENGAN BELAJAR BAHASA INGGERIS BUKAN DENGAN BELAJAR SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS... Kenapa tak tumpu pada belajar Bahasa Inggeris?? Baru betul ubat dan penawar kelemahan Bahasa Inggeris. BAHASA INGGERIS TANPA UNDANG-UNDANG WAJIB PUN DAH BERKEMBANG DALAM PERTUTURAN ORANG MELAYU... JANGAN RISAU LE PASAL KEFAHAMAN BAHSA INGGERIS TU... BUDAK LIMA TAHUN PUN BOLEH BELAJAR DAN FAHAM SEKEJAP JER... PASAL HAPUSKAN PPSMI AKU DENGAR KATA PAKAR DALAM BIDANG MEREKA BUKAN DENGAR KATA ORANG POLITIK SILA TENGOK DAN BACA TANPA TERIKAT DENGAN TAKSUB PADA MANA PARTI POLITIK..

    Kami para profesor dalam bidang yang berasaskan sains, kejuruteraan
    dan teknologi atau ringkasnya SAKTI, dengan ini menyatakan bantahan
    terhadap dasar baharu kerajaan untuk menginggeriskan kembali
    pendidikan mata pelajaran Sains dan Matematik sekolah mulai tahun
    2003 ini. Bantahan kami ini bukan semata-mata “tidak mahu berpatah
    balik kerana tiada tanda-tanda sesat dan menyesatkan”, dan sekali-kali
    bukan kerana kami tidak mengiktiraf kepentingan bahasa Inggeris.
    Pendirian kami ini didorong kuat oleh kesedaran kami yang
    berasaskan teori dan empirik tentang hukum (empirik, aqli dan naqli)
    pembangunan SAKTI zaman berzaman di negara-negara maju. Oleh
    sebab kami juga terlibat secara langsung dalam pembangunan SAKTI
    negara ini, yang kami ingin mengembangkannya dalam acuan negara
    ini sendiri, iaitu menyibar, membangun dan memajukan dalam bahasa
    dan budaya negara ini, maka kami menganggap amatlah wajar kami
    menyuarakan pandangan ini.
    Tegasnya, walaupun kami amat bersetuju dengan keprihatinan
    kerajaan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Inggeris dalam
    kalangan pelajar kepada peringkat jua pun tetapi kami amat tidak
    bersetuju dengan langkah peningkatan prestasi bahasa Inggeris itu
    dilakukan menerusi pengajaran dan pendidikan Sains dan
    Matematik sekolah. Melalui bahasa Inggeris. Ringkasnya, antara
    sebab-sebab bantahan kami adalah seperti berikut:
    1. Langkah Pemunduran: Dengan menjalankan pengajaran Sains
    dan Matematik sekolah dalam bahasa Inggeris (sejak darjah satu!)
    Pendirian Bersama Para Profesor SAKTI
    Seluruh Malaysia Terhadap Dasar PPSMI
    2
    Prof. Dr. Shahrir Mohamad Zain
    Mantan Presiden
    Akademi Sains Islam Malaysia
    Mengapa Kami Bantah!
    4
    bermakna tertutup langsunglah wadah penghayatan bahasa
    Melayu (bahasa kelima terbesar di dunia) dalam SAKTI sedangkan
    bahasa Melayu di Malaysia sejak 1970-an telah berjaya dihayati
    dalam pendidikan lisan dan penulisan ilmiah hingga ke peringkat
    ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah. Malah kini tesis Sarjana dan
    Doktor Falsafah dalam bahasa Melayu sudah menjangkau ribuan!
    Langkah penginggerisan sekolah ini jelas menyekat kemaraan dan
    akan membunuh potensi bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu dan
    bahasa antarabangsa yang diperjuangkan sejak tertubuhnya UKM
    1970. Sekaligus langkah ini, mensia-siakan ribuan sarjana kita sejak
    1970 yang bertungkus lumus membangunkan bahasa Melayu
    dalam SAKTI menerusi pengajaran, pendidikan dan penyelidikan
    secara lisan dan tulisan. Benar bahasa Melayu tidak akan hilang di
    dunia walaupun dengan menginggeriskan pendidikan sains dan
    matematik di Malaysia, tetapi amatlah jelas langkah ini akan
    menjadikan bahasa Melayu (di Malaysia) tidak akan berkembang
    lagi, malah akan semakin merosot, kerana kekurangan
    penggunaan dalam arena pendidikan yang amat berpengaruh itu.
    2. Penyempitan peluang pemerolehan, pengembangan dan
    pembangunan SAKTI: Secara empiriknya, sejak zaman berzaman
    tamadun demi tamadun, dan sejarah pembangunan SAKTI di
    negara-negara maju kini menunjukkan penggunaan bahasa
    Kebangsaan masing-masinglah yang memungkinkan tersebar luas
    dengan mudahnya SAKTI dalam kalangan rakyat jelatanya.
    Dengan inilah kemudiannya kita memudahkan pengembangan
    dan pembangunannya sehingga negara-negara itu menjadi ramai
    yang mencapai kefahaman asas SAKTI dan seterusnya menjadi
    kaya dengan SAKTI (pengguna, penyumbang dan pengeksport
    SAKTI). Negara kita selama melaksanakan pendidikan dalam
    bahasa Kebangsaan kita sendiri juga menunjukkan keesahan
    hukum empirik ini. Kini, begitu ramai ahli sains kita yang
    berpendidikan dalam SAKTI yang mencapai taraf antarabangsa
    menerusi penulisan dan rekaan aslinya hanya dalam masa 40
    tahun sahaja. Sekaligus keseimbangan kaum dalam pencapaian
    SAKTI juga semakin terjadi dengan pantasnya.
    3. Bertentangan dengan Hukum teori Pembangunan SAKTI:
    Mengikut teori ilmu naqli (wahyu), Allah menegaskan betapa
    bahasa sesuatu kaum itu sendiri yang memudahnya mereka
    memperoleh ilmu dari luar dan dalam. Ini tafsiran yang lazim
    terhadap Ayat ke-4, Surah Ibrahim, yang menegaskan bahawa
    Allah tidak mengutuskan seorang rasulNya melainkan daripada
    Pendirian Bersama Para Profesor SAKTI Seluruh Malaysia Terhadap Dasar PPSMI
    5
    kalangan sesuatu kaum itu sendiri untuk memudahkan kaum
    tersebut memperoleh ilmu dan hikmah.
    Mengikut teori dalam ilmu aqli (intelektual) pula banyak kajian
    yang dilakukan oleh sarjana-sarjana dalam pemikiran,
    epistemologi dan daya pengkaryaan pada abad ini seperti Ravetz,
    de Bono, Miller, dan d’Ambrosio (sekadar menyebut beberapa
    orang sahaja) menunjukkan yang manusia memang lebih mudah
    menguasai sesuatu ilmu (terutamanya di peringkat sekolah)
    menerusi bahasanya sendiri, dan sesuatu bahasa itu ada
    keistimewaannya tersendiri dalam peranannya sebagai pemangkin
    dan wahana pengaryaan atau penciptaan. Malah de Bono
    menegaskan bahasa Inggeris bukannya bahasa yang superior
    dalam pencetusan daya pengkaryaan atau penciptaan. Teori ini
    sebenarnya disahkan oleh situasi negara-negara maju sekarang,
    dan situasi negara-negara yang ingin maju (dan tidak maju-maju!)
    tetapi tidak dalam bahasa kebangsaannya. Setiap bahasa
    sebenarnya ada keunikan tersendiri dalam berperanan daya
    pengkaryaan dan penciptaan SAKTI (atau bidang lain sekali pun).
    Hasil kajian prestasi pelajar sekolah seluruh dunia yang dibuat
    beberapa kali oleh sekumpulan pengkaji Amerika Syarikat juga
    menunjukkan negara-negara yang tinggi pencapaian sains dan
    matematik di sekolah bukan di negara-negara yang menggunakan
    bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantarnya. Para pelajar Eropah
    Timur, Jepun dan Korea sentiasa mencapai prestasi yang tertinggi!
    4. Pendidikan dalam bahasa Melayu bukan penyebab pengangguran,
    tetapi keadaan ekonomi negara dan sikap majikan yang
    memandang serong dan berprasangka buruk serta memilih bangsa
    menjadi penyebab utama. Lagi pun sikap kaum elit kita yang
    mahu mengekalkan budaya berbahasa Inggeris (tidak seperti elit
    di negara maju dan di beberapa buah negara jiran kita) patut
    dipersalahkan juga.
    5. Mata pelajaran Sains dan lebih-lebih lagi Matematik Sekolah
    adalah dua mata pelajaran yang terakhir yang menjanjikan
    seseorang pelajar dapat memperbaiki kefasihannya berbahasa
    (Inggeris). penginggerisan dua mata pelajaran ini hanya
    menjanjikan “Yang dikendong berciciran dan yang dikejar tidak
    dapat”. Yang pastinya kelemahan pelajar dalam dua mata
    pelajaran ini yang selama ini sentiasa menjadi isu, tidak akan
    bertambah baik di samping munculnya pelbagai masalah dan
    kerenah baharu lagi. Kajian tentang hubungan bahasa ibunda atau
    kemahiran bahasa sebagai faktor pencapaian dalam mata pelajaran
    sains dan matematik memang banyak dan semuanya
    menunjukkan pembelajaran dalam bahasa kebangsaan itu ada
    Mengapa Kami Bantah!
    6
    advantejnya, dan kemahiran dalam sesuatu bahasa lain pula dapat
    memperbaiki pencapaian sains dan matematik.
    6. Pendidikan dalam bahasa Melayu tidak merugikan sesiapa pun:
    Pendidikan dalam bahasa nasional terbukti di negara-negara maju
    itu tidak merugikan negara tersebut. Oleh itu andaian pihak yang
    berpendapat pendidikan dalam bahasa Kebangsaan Malaysia
    adalah merugikan dan memundurkan orang Melayu adalah tidak
    berasaskan ilmu, tetapi berasaskan emosi semata-mata. Selama ini
    pun kita telah membuktikan kemajuan negara kita ini dicapai
    menerusi sumbangan ribuan mereka yang berpendidikan dalam
    aliran kebangsaan sekurang-kurangnya sehingga SPM (dengan
    Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu!)
    Dengan ini, kami benar-benar berharap kerajaan dapat mempertimbangkan
    semula dengan penuh hikmahnya agar tidak melaksanakan
    dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam
    Sains dan Matematik Sekolah seperti yang diputuskan itu dan
    sebaliknya menggesa kerajaan supaya meningkatkan lagi usaha untuk
    memperbaiki sumber, prasarana dan kaedah pengajaran bahasa
    Inggeris sehingga ke tahap yang maksimumnya, menerusi pendidikan
    bahasa Inggeris.
    Ditandatangani oleh para Profesor SAKTI berikut:
    Prof. A. Rahman A. Jamal (Perubatan).KP:601211-01-6269
    Prof. Abd Rahim Shamsudin (Geologi). KP: 500812-04-5273
    Prof. Abdul Jalil Abdu Kader (Mikrobiologi) KP:500922-07-5107
    Prof. Dato’ Abdul Latif Mohamad (Botani). KP: 480630-03-5183
    Prof. Abdul Razak Hamdan (Teknologi Maklumat): KP: 540205-01-5853
    Prof. Dato’ Abdul Razak Salleh (Matematik). KP: 480602-10-5965
    Prof. Abdul Salam Babji (Sains Makanan). KP: 481203-07-5177
    Prof. Abu Osman Md Tap (Matematik). KP: 500415-01-5433
    Prof. Ainoon Othman (Perubatan). KP: 520923-03-5236
    Prof. Alias Kamis (Biosains). KP: 4200992
    Prof. Aminah Abdullah (Sains Makanan). KP: 501010-03-5094
    Prof. Azimahtol Hawariyah Lope Pihie (Biosains). KP: 4272780
    Prof. Aziz Bidin (Sains Sekitaran). KP: 490411-04-5057
    Prof. Aziz Deraman (Teknologi Maklumat): KP: 591108-11-5043
    Prof. Baharudin Yatim (Fizik Tenaga). KP: 460811-05-5193
    Prof. Basir Jasin (Geologi). KP: 3430834
    Prof. Bohari Mohd Yamin (Kimia). KP: 3405038
    Pendirian Bersama Para Profesor SAKTI Seluruh Malaysia Terhadap Dasar PPSMI
    7
    Prof. Che Husna Azhari (Kejuruteraan). KP: 551108-03-5020
    Prof. Faridah Habib Shah (Genetik). KP: (terlupa masuk)
    Prof. Halimah Bdioze Zaman (Teknologi Maklumat). KP: 4673083
    Prof. Hamid Lazan (Botani). KP: 2287477
    Prof. Hamzah Mohamed (Geologi). KP: 510503-08-560
    Prof. Hassan Basri (Kejuruteraan). KP: 600702-01-5733
    Prof. Hatta Shaharom (Perubatan). KP:520709-01-5373
    Prof. Ibrahim Abdullah (Kimia). KP: 490511-02-5491
    Prof. Ibrahim Abu Talib (Fizik). KP: 521127-04-5147
    Prof. Ibarahim Komoo (Geologi). KP. 520912-01-5483
    Prof. Ikram Mohd Said (Kimia). KP: 480819-05-5073
    Prof. Ismail Sahid (Sains Sekitaran). KP: 511005-07-5269
    Prf. Jaafar Sahari (Kejuteraan). KP. 550916-10-6179
    Prof. Jamaludin Mohame (Bioperubatan). K.P. 570324-06-5543
    Prof. Kamarudin Mohd Yusof (Kejuruteraan). KP: 510927-06-5097
    Prof. Kamaruzzaman Sopian (Kejuruteraan). KP: 620404085491
    Prof. Karis Misiran (Perubatan). KP: 4493167
    Prof. Kasmiran Jumari (Kejuruteraan). KP: 520522-01-5541
    Prof. Dato’ Khalid Yusof (Perubatan). KP:
    Prof. Khalijah Mohd Salleh (Pendidikan Fizik). KP:
    Prof. Lim Swee Cheng (Fizik Teori). KP: 470826-01-5273
    Prof. Mahani Mansor Clyde (Sains Sekitaran). KP: 510211-06-5032
    Prof. Masbah Omar (Perubatan). KP: 4078415
    Prof. Md. Pauzi Abdullah (Kimia). KP: 510208-03-5203
    Prof. Mohammmed Yusoff (Teknologi Maklumat) KP: 3821920
    Prof. Mohd. Azman Abu Bakar (Bioperubatan). KP: 520222-10-5035
    Prof. Mohd Ismail Noor (Pemakanan). KP: 491015-10-5419
    Prof. Mohd Nordin Hj. Hassan (Sains Sekitaran). KP: 470210-10-5377
    Prof. Mohd Salleh Mohd Said (Entoologi). KP: 470204715283
    Prof. Mohd Yusof Hj. Othman (Fizik Tenaga). KP: 520812-02-5131
    Prof. Mokhtar Abdullah (Statistik). KP: 560223-03-5119
    Prof. Muhamad Yahya (Fizik Pepejal). KP: 470901075111
    Prof. Muhammad Mat Salleh (Fizik Pepejal). KP: 490111-03-5009
    Prof. Nik Aziz Sulaiman (Perubatan). KP: 451022-03-5187
    Prof. Noraini Tamin (Sains Sekitaran). KP: 490620-10-5976
    Mengapa Kami Bantah!
    8
    Prof. Normah Mohd Noor (Bioteknologi). KP: 540618-07-5272
    Prof. Othman Hj. Ross (Sains Laut). KP: 480218-11-5173
    Prof. Othman Omar (Biosains Molekul). KP: 1513291
    Prof. Paden Morat (Bioperubatan). KP: 4380233
    Prof. Rohani Ahmad (Botani). KP: 4380233
    Prof. Roslan Abd. Shukor (Fizik Semikonduktor). KP: 610927055049
    Prof. Sallehuddin Sulaiman (Bioperubatan). KP: 470721-10-5141
    Prof. Shahabuddin Shaari (Kejuruteraan). KP. 560313-02-5459
    Prof. Shaharir Mohamad Zain (Matematik). KP: 1969665
    Prof. Shahrim Hj. Ahmad (Fizik). KP: 600215025627
    Prof. Syed Muhamed Aljunid Syed Junid (Perubatan). KP: 590820025573
    Prof. Tg Mohd. Tg Sembok (Teknologi Maklumat): KP: 4478636
    Prof. Wan Ramli Wan Daud (Kejuruteraan). KP: 551227-07-5447
    Prof. Zainal Abidin Abu Hassan (Zoologi). KP: 500325-04-5575
    Prof. Zainon Mohd Ali (Botani). KP: 4430101
    Prof. Zubaid Akbar Mukhtar Ahmad (Sains Sekitaran). KP: 571109-10-
    5623
    Memorandum ini dihantar kepada Perdana Menteri dan Menteri
    Pendidikan Malaysia.
    September 2002

    TAHUN 2002 LAGI MEREKA BAGI PANDANGAN TAU... SEBAB TU KENA KE JALAN DEMONSTRASI (DALAM PERLEMBAGAAN NEGARA BOLEH TAU TAK)

    Salam kemaafan... buat para pencinta silaturahim moga-moga tetap lah kaki di Sirotal Mustaqim itu walau jiwa meronta berdepan dengan seribu kepayahan...

    BalasPadam
  7. kesian dekat agama...
    salam...
    mintak ambil perhatian dan tindakan kepada petualang agama ini.. lupakan sebentar parti anda.. please.. sebab ia dari MALAYSIA.. link nye..
    http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/03/petualang-agama-baginda.html

    http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/02/bangsat-yang-menghina-islam.html

    POLIS ambil tindakan... kami nak rejam mereka sampai mati..

    BalasPadam

Tutorial dan Perbincangan